Nuffnang Ads

Saturday, January 14, 2012

Microsoft Windows 8 bakal di perkenal pada Oktober

Assalamualaikum..
Salam Bersa7u
o.o.o.o.o.o.o

Hari ini Mr. 7 dapat info dari teman blogger Mr. 7 juga tentang windows 8 yg bakal di keluarkan oleh syarikat microsoft pada awal februari ini dalam versi beta. Mr. 7 sendiri tertunggu-tunggu. Jom kita layaaann apa kata juru cakap dan video yang ada kat bawah ni.
Layaaaaannn..

Dengan pengumuman Microsoft untuk melancarkan Windows 8 Beta, semestinya ramai yang menantikan apakah perubahan yang bakal dibawakan oleh Microsoft serta pelbagai fungsi menarik yang akan disertakan pada versi Beta. Dan untuk memberi idea awal, Microsoft sendiri telah memperlihatkannya pada acara CES 2012 yang berlangsung sepanjang minggu ini.
Buat masa ini, Microsoft masih belum mengeluarkan sebarang senarai penuh perubahan. Namun, melalui laman Neowin, video demonstrasi yang dilakukan oleh Microsoft memperlihatkan beberapa perkara, termasuk sokongan warna latar belakang yang tidak terdapat pada Windows 8 Dev-Preview, sokongan kawalan tetikus mengikut gestures, dan termasuk salah satunya, Microsoft Music.
Microsoft sendiri dijangka akan melepaskan versi beta untuk Windows 8 ini untuk diuji oleh semua pada bulan Februari ini, selain turut disasarkan untuk dilepaskan kepada umum secara rasminya sekitar bulan Oktober kelak.



No comments: