Nuffnang Ads

Saturday, July 21, 2012

Buat Duit Tepi Dengan PrelaunhX - Free

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Ceria buat semua rakan2 Micro Business - Duit Tepi Group.

Seperti yg dijanjikan, Admin ingin menyuarakan pendapat Admin mengenai PreLaunch X - Unlock Social Circle di Level 6 hingga Level 10. Sekiranya rakan2 semua membaca website dan juga post2 dilaman ini, telah dimaklumkan mengenai perkara berikut dimana pihak PreLaunch X akan menawarkan kpd ahli yg Signup akan mendapat peluang utk unlock Social Circle Level 6 hingga Level 10. Maka pada hari semalam kita telah pun mendapat tawaran tersebut dgn dua (2) pilihan syarat. Pilihan/Option tersebut adalah seperti berikut:

Option 1:
Membeli software "Forex Trading For Newbies" yg bernilai USD17 (RM57.37) melalui Credit Card atau Debit Card atau Paypal. Setelah anda membuat bayaran, Social Circle Level 6 hingga Level 10 anda akan di unlock serta merta dan pada masa yg sama anda akan diberi link utk download software "Forex Trading For Newbies". Jika tak silap Admin, ada 13 software lengkap yg perlu anda download. (http://www.forextradingguru.com/?hop=prelaunchx)

Option 2:
Membeli software "One Week Marketing Premium with Bonus Guides" yg bernilai USD77 (RM259.80) melalui Credit Card atau Debit Card atau Paypal. Setelah anda membuat bayaran, Social Circle Level 6 hingga Level 10 anda akan di unlock serta merta dan pada masa yg sama anda akan diberi link utk download software "One Week Marketing Premium with Bonus Guides". (http://www.oneweekmarketing.com/index.php?hop=prelaunchx)

Semua maklumat ini berada didalam website account anda dan website software tersebut. Anda boleh baca dan faham kegunaan software2 tersebut. Jika anda ingin unlock Level 6 hingga Level 10, sila buat pembelian melalui website account anda sendiri dan bukannya link yg saya lampirkan di atas.

Pandangan Admin (Option 3 :))
Admin bersikap terbuka dalam perkara ini. Anda boleh beli software dr mana2 option yg anda suka utk unlock Level 6 hingga Level 10. Pembelian ini memberi tiga (3) kelebihan iaitu:
1. ILMU Forex Trading yg lengkap dan mudah difahami dan mampu membantu anda menjana pendapatan yg baik dgn kaedah yg baik dan teratur;
2. Pembelian anda akan meng"unlock"kan Social Circle Level 6 hingga ke Level 10. Maka Bonus dan monthly commission anda akan meningkat berkali ganda.
3. Harga software tersebut sebenarnya bernilai di dalam lingkungan USD97 tetapi diskaun istimewa hanya USD17 sahaja khas utk ahli PreLaunch X.

Namun anda tidak kehilangan segalanya sekiranya anda tidak mahu menerima tawaran tersebut krn anda masih mempunyai Social Circle di Level 1 hingga Level 5. Bezanya pendapatan anda setakat Level 5 sahaja berbanding pendapatan yg jauh lebih tinggi di Social Circle unlock sehingga ke Level 10. Pepatah Admin, "Tepuk dada, tanyalah diri sendiri". Tiada yg bahaya dan musykil krn beberapa rakan2 kita telah pun berjaya unlock semua level dan mendapat software tersebut almost instant. Tak rugi kita ambil ilmu dgn nilai serendah USD17 sahaja.

Selamat mencuba dan semoga sukses.



Register here: http://prelaunchx.com/x/zarul77  - 

Wednesday, May 2, 2012

Bagaimana Cara Delete Facebook Timeline?

Tutorial ini akan menjelaskan cara mendelete fungsi Timeline pada Facebook anda. Sila ikut langkah-langkah berikut dengan teliti. Terdapat juga gambar untuk membantu pemahaman anda.

Langkah 1: Tekan link Facebook Developers dan klik pada “Edit app”.






 Langkah 2: Delete App tersebut adalah satu-satunya cara untuk menghapuskan timeline facebook anda. Cari dan klik pada “Delete App” pada bahagian kiri sidebar seperti dalam gambar.




Selepas klik pada “Confirm”, fungsi Timeline pada profile Facebook anda akan berjaya di delete. Selepas ini, anda boleh melihat profile Facebook anda kembali seperti keadaan asal seperti sebelum bertukar menjadi Timeline.
Peringatan di sini, tutorial dan cara mendelete facebook timeline ini hanya boleh dilakukan oleh pengguna Facebook yang bertukar kepada Timeline secara manual sebelum Facebook mengaplikasikannya kepada ramai orang. Profil akaun Facebook yang menerima Timeline secara automatik tidak boleh menukar timeline kembali kepada Facebook yang lama. Terima saja seadanya.

 

Saturday, April 28, 2012

What is Salakau??

Salakau, which literally means '369' in Hokkien, also known as "Sah Lak Kau", is a street gang or secret society based in Singapore. The numbers 3, 6 and 9 add up to 18, which was the name of an older gang; the number signified the 18 lohans (principal disciples) of Shaolin.

Gang violence in Singapore 

In the late 1980s and early 1970s, the gang furiously attacked rival gangs and started many turf wars. It also started recruiting many members from the Indian & Malay community after relaxing the Chinese-only rule. In the 1970s, more Malays were reported to be joining it after being introduced to gang members during tea dances in discos. This was because Malay gangs were smaller and more loosely structured due to the drastic drop of the Malay population and increase of the Chinese population.
369 also made profits from narcotics, extortions and prostitution. Attacks on rival gangs such as the '303' gang (Sakongsa in Hokkien), the Omega gang and the 18 SYH gang were somewhat of a routine occurrence. The police cracked down on gang activity in the early 1980s and gang wars came to a screeching halt as many of the leaders were jailed. Many other notorious 'headmen' fled to neighbouring countries or were killed in gang attacks. In the mid-90s, some teenagers in "pseudo street gangs" claimed affiliation to 369 to be "cool" but didn't engage in activities as violent as those engaged in by the real gang; in 1993, there were at least 9 separate teenage gangs calling themselves '369'. However, in the late 1990s and early dawn of the millennium, the gang gained strength as many of the jailed leaders were released, and several of the members had succeeded in scaring off many rival gangs from territories. Gang attacks once again became common and rioting cases shot up. Cases of murder involving gang attacks and riots were steadily increasing and the police force tightened its noose on the gangs. Singapore's Secret Society Branch dedicated most of its resources to halt the gang violence and managed in netting in a considerable amount of members. Slowly but surely, the gang violence receded and many members were put in prison.

Recent activity


Salakau has predominantly held the territories as mentioned but gang activity has slowed down considerably due to the Singapore Police Force having a better understanding of the gang networks and sufficient resources. The Secret Societies Branch (SSB) of the Singapore Police Force has made efforts to control the secret societies in recent years. The SSB regularly conducts surprise raids or checks on nightspots and public places known to be gang territories to deter any potential offenders. Anyone found guilty of being a member of an unlawful society may be punished up to a minimum of five years imprisonment and five strokes of the cane. Sentences are usually doubled or even tripled for anyone with significant leadership authority in any unlawful society in Singapore.
In 2010, 30 October, while people are celebrating Halloween, a staring incident happened in Downtown East which ended in a fatal attack on a Year 2 Republic Polytechnic student, Darren Ng. 4 were arrested 48 hours after the incident and charged with murder, age between 18 and 21 years old.
On 8 November 2010, seven youths were repeatedly slashed by a group of parang-wielding men in Bukit Panjang, in what appeared to be gang-related attacks. The victims, aged between 14 and 20, were set upon in two separate incidents - first when a 20-year-old assistant technician was slashed in the back and legs, and then when a group of 20 youths were surrounded. In both instances, the assailants first asked their victims whether they were from a gang named 'Pak Hai Tong'. When the victims denied associations with the group, they were slashed. The gang, believed to be eight-men strong, also shouted 'Sah Lak Kau' (Hokkien for 369), another gang name, before fleeing the scene. The vicious slashings left 20-year-old Jayasiva Shangar Guru hospitalised while six others from the second attack received outpatient treatment for their wounds. These attacks followed a clash between two gangs on 30 October in Downtown East which ended in the death of Year 2 Republic Polytechnic student Darren Ng.

Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Salakau



Monday, April 23, 2012

(RALAT NOTIS 2) - Anugerah Khas YAB Perdana Menteri kepada Yang Mulia Ayahanda Khalifah PLG Al Rawa



(RALAT NOTIS 2) Demi mengekalkan keselamatan, kestabilan & keharmonian Negara, Majlis Tertinggi BATAS Malaysia mengambil keputusan mematuhi nasihat K.P.N & Menteri K.D.N untuk terus memberi sokongan pada Perhimpunan Warga Silat & BATAS Mala...ysia yang di pindahkan lokasinya ke STADIUM BOLA SEPAK KUALA LUMPUR, CHERAS Depan HUKM pada 25hb April 2012 (RABU) jam 6petang. Bersama kita berdiri bersama YAB Perdana Menteri & Yang Mulia Ayahanda Khalifah PLG Al-Rawa menyatakan Ikrar Sumpah Taat Setia kepada Yang DiPertuan Agung.
Mohon Sebarkan ke akarumbi warga Majlis PLG Bersatu. Salam Perjuangan.


 .      .      .     .     .      .      .

Mengenai Batas Malaysia(Badan Amal Tarbiah Sejagat)















PERUTUSAN PRESIDEN


SEMPENA PERASMIAN LAMAN WEB RASMI  BATAS MALAYSIA

.      .      .     .     .      .      .




Bismillahirohmanirrohim


Assalamualaikum WBK.


Salam 1 Malaysia.


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung-pengunjung di halaman maya ini, khususnya dari ahli-ahli ‘Berbai’ah’ dan ‘Ahli Berikrar Sumpah Taat Setia’ dari warga Pertubuhan Badan Amal Tarbiah Sejagat atau dengan nama singkatannya ‘BATAS Malaysia’ dari seluruh Negara yang dengan sabar menanti siapnya pembinaan ‘Bahtera BATAS’ ini untuk kita layari bersama di samudera luas penuh cabaran ini.


Saya juga ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Pendaftar Petubuhan Malaysia kerana meluluskan pendaftaran organisasi ini untuk menjadi payung kepada seluruh jemaah 30, 36, 77 yang selama ini bergerak serta beraktiviti tanpa organisasi yang sah di sisi undang-undang Negara.


Saya memanjatkan rasa syukur saya ke hadrat Allah SWT kerana hasrat saya untuk membina sebuah ‘platform’ alternatif bagi seluruh anggota-anggota yang digelar dengan angka-angka berdigit di atas, telah di beri nama khusus dan murni serta berdaftar dengan sah untuk kita ber aktiviti, beramal dan bersosial bagi membentuk sebuah masyarakat yang sejahtera secara teratur dan terpimpin demi kepentingan Agama, Bangsa dan Negara.


Selama ini, umum mengandaikan ahli-ahli ber digit ini dengan pelbagai andaian dan gelaran dengan istilah ‘Kongsi Gelap’, ‘Samseng’ ‘Penjenayah’, ‘Gangster’, ‘Puak Merah’ serta berbagai istilah lagi.yang mencerminkan sikap negatif dan ganas yang mendatangkan kerosakan pada masyarakat dan Negara.


Namun harus diingat bahawa apa jua pandangan awam terhadap ahli-ahli berdigit ini, mereka atau kami tetap menjadi eset kepada Negara serta menjadi penentu masa depan Agama, Bangsa dan Negara dan pewaris kepada kesinambungan kepimpinannya. Sejarah Islam telah meriwatkan bahawa takkala Panglima Agung Islam, Sultan Sallahudeen Al Ayubbi hendak dilahirkan ( pada tahun 543H atau 1138M di Azarbaijan. ) dan ketika itu Ayahanda baginda di usir dari Tirkit, Iraq, Al Marhum Ayahanda baginda pernah mengeluarkan ungkapan


“ Anak itu lahir dalam keadaan benar-benar menyedihkan. Aku merasa SIAL dengan kelahirannya"


Namun anak yang di katakana sial itu akhirnya menjadi Panglima Agung Islam malah berjaya membebaskan Baitul Muqqadis tanpa setitis darahpun gugur  dari pemerintahan zalim dan Agama Bangsa dan Negaranya terhutang budi padanya.


Justeru saya menyeru kepada masyarakat awam agar jangan cepat mencerca dan menghina kami anggota-anggota berdigit ini dengan pelbagai istilah hina, didiklah kami, tarbiahlah kami agar mudah-mudahan mana tahu ada di antara kami kelak bisa mengulangi jejak sejarah perjuangan Baginda Sallahudeen Al-Ayubbi. Semoga Allah SWT merahmatinya.


Saya tidak nafikan, ada di antara anggota-anggota ber digit ini terlibat dengan berbagai bentuk perlanggaran undang-undang atau mendatangkan kerosakan sosial kepada masyarakat dan Negara, tetapi harus di ingat, bahawa itulah sifat sebagai seorang manusia yang sudah tentu tidak sempurna segalanya. Namun, pada setiap kekurangan seseorang individu, akan pasti ada kelebihannya dari sudut yang lain. Begitulah fitrah kejadian seseorang manusia dan sesungguhnya Allah Maha Adil Lagi Bijaksana.


Oleh kerana itu, Allah SWT telah menciptakan undang-undang, peraturan kehidupan serta hukum baik dan buruk untuk manusia seperti yang tertinta di dalam Al Qur’an dan diriwayatkan dalam Al Hadis dan Allah SWT telah membuka ‘Pintu Taubat’ untuk manusia hingga kehujung nyawa.


Sebagai seorang manusia serta insan yang lemah,saya mengakui bahawa saya juga melalui proses sedemikian mengikut masa dan usia. Kadang-kala, saya juga tersandung rebah kerana godaan nafsu amarah, ego, khilaf dan silap dalam membuat keputusan dalam mendepani cabaran kehidupan sebagai seorang manusia. Dan saya sangat yakin sebagai seorang insan yang lemah, Nafsu Amarah ini akan membayangi kehidupan saya sehingga akhir hayat saya. Saya berdoa agar diberi petunjuk dan hidayahNya agar saya dapat mendaki sedikit demi sedikit ke tangga makam nafsu yang lebih baik meskipun terlalu mustahil bagi  saya untuk menjejaki makam Mut’ma’innah.


Namun demikian, saya mensyukuri nikmat Allah kerana senentiasa membuka‘Pintu TaubatNya buat saya sehingga nafas terakhir saya kelak dan saya akan senentiasa memanafaatkan ‘Nikmat Besar’ itu selagi tidak bercerai nyawa dengan jasad saya.


Menyentuh tentang anggota - anggota jemaah berdigit ini, saya suka mengingatkan bahawa disamping selama ini mereka bergerak dalam organisasi ‘Tanpa Sah Taraf’, mereka juga bergerak dalam organisasi yang sah serta berdaftar seperti di dalam Ngo-Ngo berdaftar serta pertubuhan parti-parti siasah dalam Negara. Ada di kalangan mereka terdiri dari golongan-golongan professional dalam pelbagai bidang serta berpendidikan tinggi sehingga ada anggota- anggota Kerabat Di Raja turut menyertainya. Justeru itu, tidak perlu menggelar mereka-mereka ini atau kami dengan gelaran-gelaran hina seperti ‘Anak Haram’, sampah masyarakat, dan berbagai-bagai lagi gelaran yang menimbulkan pandangan negatif dari masyarakat.


Memang telah menjadi fitrah hidup ’Anak Muda’ yang berdarah muda yang senentiasa dibayangi oleh sifat ego, riak, kuat perkasa, bertenaga. Apabila warga muda ini terkait dengan sifat-sifat di atas, maka sudah tentu mereka akan memerlukan cabaran untuk mencabar sifat-sifat orang muda ini agar kembali stabil dan tenang.  Sebahagian dari anak muda ini menjadikan sukan sebagai alat menguji kekuatan tenaga muda ini dengan cara yang sihat dan ada di antaranya yang secara nagatifnya menyertai kongsi-kongsi gelap, terlibat dengan pergaduhan jalanan, menjadi ’Mat Rempit’ dan berbagai-bagai lagi gejala yang kurang sihat untuk mereka uji dan salurkan ’Tenaga Muda’ yang ada di dalam diri mereka serta mencabar kemampuan diri. Terdapat juga ada anak muda yang berusaha meningkatkan lagi tenaga mereka untuk disesuaikan dengan ’Nafsu Muda’ mereka yang jauh lebih tinggi dari tenaga yang ada pada mereka atau mengwujudkan persaingan yang tidak sihat sesama rakan sebaya mereka dengan mengambil pelbagai dadah dan pil hayal untuk merangsangkan tenaga muda ini keperingkat maksimum, lantas akhirnya, bahan-bahan larangan itu menjadi racun menjerat diri mereka kelembah kehinaan dan kehancuran dan akhirnya menjadi tanggungjawab kita pula untuk bersama mentarbiahkan mereka-mereka ini menjadi insan yang berguna untuk nusa dan bangsa.


Sekiranya ’Tenaga Muda’ ini di didik serta di tarbiahkan dengan baik dengan berpandukan Qur'an dan Hadis, ianya amat berguna untuk membangunkan umah serta memperkasakan Agama, Bangsa dan Negara.


Sejarah awal pengembangan Agama Islam yang di pimpin oleh Baginda Nabi Muhammad SAW telah membuktikan bahawa ada di antara sahabat-sahabat Rasullullah SAW, sewaktu jahiliahnya, sangat bersifat samseng memerangi usaha-usaha dakwah Baginda. Namun setelah menerima taufik dan hidayah dari Allah SWT serta tarbiah dakwah dari Baginda Rasullullah SAW, maka mereka yakni anak-anak muda Islam itu terus menjadi ’Lebih Samseng’ dalam usaha mempertahankan Islam dari di perangi oleh golongan-golongan jahiliyah qurais. Namun di sebalik sifat samseng para sahabat Rasullullah SAW itu, mereka tetap tunduk rukuk dan bersujud di hadapan Allah SWT menangis memuji kebesaran dan kekuasaanNya. Begitulah sempurna jadinya ’Tenaga Muda’ ini sekira di tarbiahkan ke jalan yang di redhai Allah SWT.


Justeru itu, inilah antara matlamat BATAS Malaysia di tubuhkan yang diantara lain untuk mentarbiahkan warga-warga muda yang di kaitkan dengan istilah ’Samseng Jalanan’,’Kongsi Gelap’, ’Gangster’ dan berbagai-bagai istilah lagi untuk di bentuk menjadi seorang pejuang dalam mempertahankan maruah Agama, Bangsa dan Negara, biarpun selepas itu mereka atau anak-anak muda ini berterusan di cop dengan istilah-istilah tersebut.


Secara peribadi, saya suka di gelar sebagai ’Samseng’ kepada Agama, Bangsa dan Negara saya. Jangan sesiapa cuba menyanggah tiga ungkapan keramat ini, kerana saya dan kami sanggup mati dalam mempertahankannya. Sebagai anggota TS, saya juga telah berjanji sumpah setia demi mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara.


Harus di ingat, bahawa di era zaman penjajahan, pejuang-pejuang kemerdekaan Negara kita juga digelar oleh penjajah dengan berbagai gelaran seperti ’Pengganas’, ’Penderhaka’, ’Pengkhianat’ dan ’Samseng’ serta puluhan gelaran yang pada mereka bertujuan untuk melemahkan perjuangan. Namun gelaran-gelaran itu menjadi minyak yang dicurahkan ke api perjuangan’ sehingga marak merah menyala memerangi penjajahan. Percayalah, bahawa ’samseng-samseng atau gangster-gangster inilah akan terlebih dahulu mara saf hadapan sekiranya Agamanya disendakan, Bangsanya di hinakan dan Negaranya cuba di runtuhkan. Cukup dengan mentarbiahkan mereka-mereka ini dengan Iman, InsyaAllah bukan sahaja darah mereka sanggup titiskan, malah nyawa juga sanggup mereka taruhkan demi pertiwi. Sesungguhnya, Rusullullah SAW sangat mengasihi umatnya yang gagah perkasa dari umatnya yang lemah jiwa juangnya.


Berbalik kepada kelahiran  organisasi baru yang di namakan BATAS Malaysia ini, saya suka memaklumkan bahawa nama organisasi ini diilhamkan sesuai dengan hasrat kami untuk melaksanakan kerja-kerja amal yang baik, mendidik atau mentarbiahkan insan sejagat tanpa mengira warna kulit atau anutan kepartian dan agama dikalangan ahli-ahli pertubuhan ini khasnya dan warganegara Malaysia amnya.


Meskipun untuk menyertai organisasi ini mensyaratkan seseorang individu beragama Islam, kita juga membuka pintu kepada rakan-rakan kita yang bukan beragama Islam dengan taraf menjadi Ahli Bersekutu. Sesungguhnya, beramal baik bukan sahaja menjadi tuntutan agama Islam sahaja, tetapi seluruh agama di muka bumi menuntut penganutnya beramal dengan amal-amal yang baik serta murni untuk kesejahteraan manusia sejagat.


Di zaman Rasullullah SAW, bukan sahaja Baginda pernah membuat amal kepada golongan yang bukan Islam, tetapi Baginda juga pernah diamali oleh golongan orang- orang yang bukan Islam. Baginda pernah disedekahkan sepotong daging oleh golongan bukan Islam. Dan sebelum kewafatan Baginda Rasullullah SAW, Baginda pernah pada setiap hari menyuap makanan kepada wanita uzur dan buta di pasar yang menyeranah Baginda pada setiap kali suapan pada setiap hari, dan akhirnya perempuan tua itu beriman setelah kewafatan Baginda setelah perempuan itu tahu bahawa orang yang menyuap makanan padanya dengan penuh tertib dan sopan itu adalah orang yang di seranahnya pada setiap hari. Maka benarlah Firman Allah SWT di dalam Al Quran yang bermaksud ” Sesungguhnya pada diri Rasullullah itu, Adalah suatu contoh ikutan akhlak yang baik”.


Sewaktu Perang Salib hampir 840 tahun yang lalu, Panglima Tentera Islam yakni Sallahudeen Al Ayubbi pernah menghantar buah-buahan serta ubat-ubatan kepada Panglima Tentera Kristian ( King Richard I – Raja England ) yakni musuh yang sedang menentangnya apabila Baginda mendapat perkhabaran bahawa musuhnya sedang terlantar sakit. Akhlak apakah yang cuba dipamerkan oleh Baginda Sallahudeen Al Ayyubi ini ?. Sesungguhnya ’Akhlak Luar Biasa’ yang di pamerkan ini adalah akhlak murni yang diperturunkan oleh Baginda Rasullullah SAW dan perlu kita contohi demi semangat keinsanan sejagat. Inilah Akhlak Agama Islam.


Selama ini kita telah disempitkan dengan fahaman songsang assobiah oleh sesetengah pihak, sedangkan Islam tidak pernah mengajar penganutnya untuk memusuhi semua rakan-rakan kita yang bukan Islam. Allah SWT telah menjadikan manusia terdiri dari berbagai bangsa dan keturunan supaya kita saling mengenali antara satu dengan yang lain dan Islam tidak sekali-kali menegah kita yakni umat Islam untuk membuat kebaikan dan kebajikan kepada umat bukan Islam. Rasullullah telah banyak mempertahankan hak-hak golongan bukan Islam termasuk hak beragama di zaman pemerintahan Baginda dan melarang samasekali umat Islam berlaku zalim kepada mereka. Sebaliknya baginda menitahkan agar umat Islam memberi contoh yang baik tentang keindahan dan kemurnian ajaran Islam kepada orang-orang bukan Islam dengan harapan Allah SWT akan memberi taufik dan hidayahNya kepada mereka. Terdapat juga sejarah tentang beberapa siri perjanjian aman dan damai yang ditandatangani oleh Baginda Rasullullah SAW dengan golongan bukan Islam dan terdapat juga individu yang bukan Islam yang berjuang bersama Baginda demi mempertahankan tanah air.


Justeru itu, saya sebagai Presiden BATAS Malaysia dengan ini membuka pintu organisasi ini kepada rakan-rakan kita yang bukan Islam untuk menyertai Pertubuhan Badan Amal Tarbiah Sejagat sebagai status AHLI BERSEKUTU demi mencontohi akhlak terpuji seperti yang di pamerkan oleh Baginda Rasullullah serta pemimpin-pemimpin Agama Islam yang terdahulu. Saya akan mengarahkan YM Ayahanda Setiausaha Agung mencetak atau menyediakan borang-borang khas untuk ahli-ahli bersekutu ini dengan kadar segera dan kepada anak-anak juang saya ( yang bukan beragama Islam ) yang telah bersumpah ikrar taat setia kepada saya selaku pemimpin mereka agar jangan ragu-ragu untuk menyertai organisasi ini. Ayuh, bersama kita bersatu untuk negara kita yang menjadi tanah tumpah darah kita bersama. Darah kelahiran anda ( termasuk bukan Melayu ) tumpah di Tanah Melayu ini, maka inilah tanah tumpah darah anda, inilah Negara anda, Negara Malaysia. Bukankah kita semua akan berdiri tegak bersama pada setiap kali berkumandangnya ’Lagu Negaraku’. Bukankah kita semua menjunjung bersama lima Rukun Negara.


Kepada anak-anak juangku yang berpegang dengan slogan TS, janganlah merasa terancam kepentingan atau tergugat kepimpinan, kerana rakan-rakan kita dari golongan yang bukan Islam hanyalah berhak menjadi Ahli Bersekutu sahaja dan sekiranya ada di antara mereka di angkat menjadi pemimpin, mereka akan memimpin dikalangan Ahli Bersekutu BATAS sahaja, manakala seluruh saf kepimpinan BATAS Malaysia akan tetap mengikut perlembagaan seperti yang termaktub di dalam Pendaftar Pertubuhan. Dan InsyaAllah kita akan bekerjasama dalam membina Negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang dipersada dunia.


Sebagai contoh, diwaktu kependudukan Jepun di Tanah Malaya, orang-orang Cina paling teruk menjadi mangsa balas dendam tentera-tentera Jepun dan kita orang-orang Melayu bersatu bersama orang-orang Cina masuk kehutan menentang  kependudukan Jepun. Mengapakah kerjasama ini tidak boleh diteruskan demi kepentingan mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Negara ?. Kalau UMNO, MCA,MIC,PPP,GERAKAN bersatu menjadi BN, mengapa kita tidak boleh bersatu ?. Kalau PAS, DAP, PKR boleh bersatu menjadi Pakatan Rakyat, mengapa kita tidak ?. Justeru itu hentikanlah bercakap tentang bangsa kerana telah bersabda Baginda Nabi Muhammad SAW didalam hadisnya yang bermaksud ” Bukan dari golongan aku mereka yang bercakap tentang BANGSA !”.


Kita harus sedar bahawa tamaddun agama Hindu mendahului agama-agama lain di muka bumi ini sebelum kedatangan agama Buddha, Kristian, Islam dan sebagainya sehingga terdapat serpihan budaya hindu yang di amalkan oleh orang-orang Melayu hingga kini.


Kita juga harus sedar bahawa bangsa Cina di negara Cina terlebih dahulu menerima Islam dari kita Bangsa Melayu di Malaysia. Malah jumlah umat Islam di Negara Cina lebih tiga kali ganda dari jumlah penduduk di Negara kita. Malah sejarah Melayu telah meriwayatkan bahawa Laksamana Cheng Ho ( beragama Islam ) telah membawa Hang Tuah ke Negara Cina untuk di ’Ikrarkan’ di hadapan Maharaja Cina takkala meminang Puteri Hang Lipo untuk menjadi Isteri kepada Sultan Melaka. Sebagai warga Malaysia tidakkah kita merasa bangga sehingga terdapat Tokong Hang Tuah dan Jalan Hang Tuah di negara Cina sebagai tanda hormat penuh kemuliaan rakyat Cina di negara itu tentang kehebatan Hang Tuah ( Laksamana Melayu ).


Justeru itu, bersamalah kita memperlahankan serta memelihara lidah kita dari bercakap tentang bangsa secara keterlaluan dan berlebih-lebihan. Ayuh, berbicaralah kita atas nama 1 Malaysia, berbicaralah atas nama Allah SWT . Bersama kita mempertahankan tentang apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Bersama kita mendakap erat 7 Wasiat Raja-Raja di Malaysia (yang telah di meterai pada 5 Ogos 1957) di atas sumpah 7 petala langit dan bumi. Ayuh bersama kita jirus api perkauman yang bakal membakar Negara. Bersatulah kita atas nama Islam sebagaimana bersatunya golongan ’Ansor dan golongan Muhajirin’


Saya masih ingat bagaimana Al Mahrhum Ayahanda Pak Long Burong di tomah hina begitu hebat diseluruh negara oleh golongan-golongan berfikiran sempit ini.sehingga ada pihak yang sanggup mengkafirkan Allahyarham hanya kerana bersahabat atau mengikrarkan anak-anak juang bukan Islam di dalam jemaahnya. Mereka ini gagal mentafsirkan jalan tersirat yang di bawa oleh Almarhum Allahyarham. Fikrah Almarhum  Pak Long Burong ini cepat difahami oleh Almarhum Allahyarham Pak Ngah Mat Janggut ( Ayahanda TS ) yang dengan serta-merta mengisytiharkan 363 sebagai tanda bersekutunya perjuangan meskipun ditentang oleh segelintir kepimpinan puak-puak / / /


Kita bukannya menyerahkan hak kuasa kepimpinan organisasi, tetapi kita hanya bersatu dan bersekutu atas perjuangan dan matlamat 1 Malaysia dengan mendukung 8 teras perdana yang menjadi dasar kepimpinan Negara. Saya harap penjelasan saya ini dapat di fahami dengan baik oleh semua kaum. Saya sangat percaya bahawa akan ada pihak-pihak yang akan mempertikaikan dasar serta arah tuju organisasi kita ini dengan niat curang dan menggagalkan perjuangan. Saya sanggup kehadapan mempertahankan dasar ini kerana penyertaan bukan Islam ke dalam Pertubuhan Badan Amal Tarbiah Sejagat ada BATASnya, kerana ianya termaktub di dalam perlembagaan di dalam Pendaftar Pertubuhan Malaysia.


Kita juga menghormati mana-mana organisasi yang berjuang atas nama Bangsa atas hak warga pribumi. Itu tidak salah kerana telah menjadi fitrah bangsa di seluruh dunia sejak azali dalam usaha mempertahankan hak pribumi bangsanya. Ianya tidak bercanggah dengan Islam. Sudah tentu bangsa India di India mempertahankan hak pribumi bangsanya. Sudah tentu orang Cina di Tanah Besar Cina mempertahankan hak pribumi bangsanya. Maka tidaklah salah orang Melayu di Malaysia mempertahankan hak pribumi Bangsanya di Negaranya sendiri.


Saya sendiri akan kehadapan mempertahankan hak bangsa saya sebagai warga pribumi di Tanah Melayu ini, namun demikian kita juga harus bersama mempertahankan hak bangsa lain sebagai warganegara Malaysia. Disamping mempertahan hak orang-orang Melayu Islam saya juga akan kehadapan mempertahankan hak-hak orang bukan Melayu walaupun di zalimi oleh orang-orang Melayu Islam itu sendiri, kerana ajaran Islam berkehendakkan penganutnya bersifat adil dengan penuh ihsan. Agama Islam tidak pernah menghalalkan penindasan malah memberikan hak kebebasan beragama. Islam sama sekali melarang umatnya merobohkan rumah-rumah ibadat bukan Islam dengan penuh hasad sehinggakan tiada langsung ruang untuk mereka. Kita akan merasa marah dan tersinggung sekiranya ada masjid-masjid di robohkan di negara Cina atau India. Justeru itu janganlah kita memperlakukan sesuatu perkara yang kita tidak suka orang lain perlakukan pada kita. Ingatlah bahawa Islam melarang penganutnya menzalimi walaupun pada seekor binatang waiima seekor babi sekalipun.


Kembali saya kepada soal penubuhan organisasi ini. Sukalah saya memaklumkan bahawa saya sebenarnya tidaklah kemaruk untuk menjadi pemimpin walau di tahap mana sekalipun. Puas untuk saya cuba mengelak dan menepis pelbagai desakan usaha pujuk rayu dari rakan-rakan untuk saya memimpin perjuangan. Namun akhirnya saya pasrah apabila saya memikirkan bahawa golongan seperti kita juga memerlukan seorang pemimpin untuk membimbing pengikut kita ke arah kemurnian hidup sejagat. Golongan ‘batu jalanan’ seperti kita ini juga perlukan seorang pemimpin yang akan menggilap kita menjadi ‘batu permata’ rebutan insan. InsyaAllah, dengan bantuan rakan-rakan seperjuangan dan pihak-pihak lain, saya akan berusaha untuk merealisasikan perjuangan ke arah yang di tuju.


Namun saya peribadi, saya sangatlah berharap, kepimpinan saya ini biarlah bersifat sementara. Apabila ‘ Bahtera BATAS’ ini telah memulakan pelayarannya, biarlah ada individu profesional yang akan mengemudinya sebagai nahoda yang lebih baik. Saya lebih suka menjadi individu yang dipimpin dari menjadi pemimpin, kerana saya amat bimbang bahtera kepimpinan saya mungkin tersesat haluan di samudera luas ini. Saya amat khuatir untuk ‘menepuk air di dulang’. Justeru itu, saya menyeru kepada rakan-rakan sekalian persis seruan Saidina Abu Bakar Al Siddiq sewaktu ditabalkan menjadi Khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Perbetulkanlah saya meskipun terpaksa menggunakan ‘Mata Pedang’, kerana saya juga anggota TS yang Berbai’ah.


Sebagai seorang pemimpin, terlalu banyak amanah dan harapan yang akan saya galas dan sandang. Saya berdoa semoga Allah SWT akan memberi kekuatan dan ketabahan kepada saya memikul beban perjuangan ini.


Akhir kata, kepada seluruh anggota TS mahupun anggota-angota ‘berdigit’ yang telah dan belum berdaftar dengan mana-mana organisasi persaudaraan dan perjuangan, saya mempelawa anda semua untuk bersama menyertai bahtera BATAS Malaysia ini belayar kita bersama menuju ke suatu arah perjuangan demi Agama, Bangsa dan Negara.


Kepada para Jemaah TS dan umat Islam di seluruh Negara dan Nusantara, kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ketibaan Bulan Ramadhan Al Mubarakh dan Selamat Berpuasa. Bersamalah kita berjuang habis-habisan menentang nafsu amarah kita di bulan mulia ini. BATASkanlah nafsu kita demi kesempurnaan ibadah puasa ini dan bersama kita menuju kejayaan di dunia dan akhirat.


Kepada seluruh warga Malaysia, saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Ke 54 yang akan tiba tidak beberapa lama lagi. Bersamalah kita mengulangi 7 Laungan Keramat Kemerdekaan yang pernah dilaungkan oleh Perdana Menteri kita yang pertama YTM Almarhum Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj. Justeru itu, sebagai Anak Merdeka, saya menyeru agar bersamalah kita menjadi BATAS mempertahankan kemerdekaan Negara yang kita cintai di bawah Naungan Lembayung Kuning di Raja Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung.


Bertemu lagi dalam perutusan seterusnya di halaman maya ini. Maka dengan kalam Bismillah Hirohma Nirrohim, saya merasmikan Laman Web Rasmi Badan Amal Tarbiah Sejagat ( BATAS Malaysia ) dengan rasminya.


 Sekian, terima kasih,


Sambutlah salam perjuangan, salam persaudaraan, salam 1 Malaysia dari saya.


WALLAHI       WABILLAHI       WATALLAHI


  BERSATU       TAAT       SETIA


  




Abdullah Ghani Bin Kassim


(Ayahanda Khalifah PLG Al-Rawa)


.      .      .     .     .      .      .

Presiden


Pertubuhan Badan Amal Tarbiah Sejagat


BATAS Malaysia.

 

 

Sumber: Batas Malaysia

(Badan Amal Tarbiah Sejagat)


Batas Malaysia - Cara nk join?

Assalamualaikum
Salam Bersa7u
o.o.o.o.o.o.o







Apa khabar semua? ada sihat?
harap2 semua sihat hendaknya... InsyaAllah...

seperti yg Mr.7 tau, ramai yg nk join Batas Malaysia ni..
betul tak? korang pn msti da belek2 website Batas Malaysia ni dn ada yg da siap download borang yg ada kn?
tp korang xtau pas isi tu nk hantar mana kn? hahaha aku pn xtau sbnr nya..
Oleh kerana aku tgk ramai viewer yg dok klik post aku brkaitan Batas Malaysia yg sebelum ni, aku akan cuba tnya kn dn usahakan supaya cm ne korang leh join Batas Malaysia ni...

Sempena Anugerah Khas YAB Perdana Menteri kepada Yang Mulia Ayahanda Khalifah PLG Al Rawa yang akan berlangsung pada 25 April 2012 bertempat di DATARAN MERDEKA ini, aku akan tanyakan cara dn bagai mana caranya utk korang join Batas Malaysia nih.. Aku tau ada antara korang yg da download dn ada yg da isi form tu tp korang xtau nk hantar dn bg pada siapa.. Kesian korang kn... Aku pn cm korang jugak... hehe =)

Don't worry k, InsyaAllah semuanya akan settle dn aku akn sharekn dgn korang...

.      .      .     .     .      .      .

Sunday, April 22, 2012

Pengambilan Baru - Salam Bersa7u

Salam BERSATU , kami mengalu-alukan ahli-ahli baru ke dalam family kami .







Salam BERSATU. Pengambilan ahli baru. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai Persatuan Rekreasi & Kebajikan Tenaga Murni Kawasan Utara (2461-11-KDH) ini, sila PM saya. Objektif utama Pertubuhan ini adalah untuk memberi peluang kepada ahli ahli merapatkan lagi ukhwah sesama ahli dari Majlis-majlis lain. Kami Pertubuhan berdaftar. Bukan pertubuhan haram. Lambang pertubuhan yang seakan ganas ni hanya untuk membakar semangat para anak2 muda. Selain itu kami juga selalu mengadakan sukan tahunan, makan malam tahunan untuk merapatkan silaturahim antara ahli. Selain itu juga kami turut membina industri kecil-kecilan seperti perniagaan satay, burger dan sebagainya.  Terima kasih






Sekiranya anda berminat, boleh PM saya atau hubungi Mr.7 .



. . . . . . .

Anugerah Khas YAB Perdana Menteri kepada Yang Mulia Ayahanda Khalifah PLG Al Rawa







(RALAT NOTIS) Saksikanlah Anugerah Khas YAB Perdana Menteri kepada Yang Mulia Ayahanda Khalifah PLG Al Rawa di DATARAN MERDEKA pada 25 April 2012 jam 6.00petang. Yang Mulia Ayahanda Khalifah PLG Al Rawa mengarahkan semua anak anak juangnya, warga BATAS dan warga TS bangkit memberi sokongan serta mengikrarkan Sumpah Taat Setia kepada Agama, Bangsa dan Negara di hadapan YAB Perdana Mentri. Pakaian: Serba Hitam dengan tanda Riben Putih & Merah. S.K : Ayahanda Khalifah PLG Al Rawa. Mohon YM Ayahanda, Yang Setia para Kekanda agar buat sebaran ke akarumbi warga PLG.....

Perutusan Majlis PLG Bersatu - Perhimpunan Keluarga BATAS, PLG & Warga Silat seluruh Negara



Prutusan Majlis PLG Bersatu. Semua ahli-ahli majlis, anak-anak juang, warga TS di jemput hadir ke Majlis Perhimpunan Keluarga BATAS, PLG & Warga Silat selruh Negara bersama Yang Amat Berhormat Perdana Mentri di Stadium Badminton Cheras pada 25/04/2012 jam 6petang. Saksikan penganugerah Khas Yang Amat Berhormat Perdana Mentri kepada Yang Mulia Ayahanda Khalifah PLG Al-Rawa.Pada semua pakaian serba hitam, mohon sebarkan. Salam

Tuesday, February 7, 2012

Anak tak kenang budi


Assalamualaikum...
Salam Bersa7u
o.o.o.o.o.o.o


hari ni aku nk share kn sebuah kisah yg aku dpt dr fb...
tajuknya xde tp sangat menyentuh.. jom sama2 kita baca, hayati dn ambil iktibar dari kisah ni..
harap semua dapat jadikn kisah ini sebagai pedoman....

ANAK TAK KENANG BUDI....KURANG AJAR....ENGKAU MEMANG ANAK DERHAKA...!!!!

bila admin baca ni, admin menangis :(. xdapat bayangkan keadaan ayahnya....

KISAH INI MESTI DIBACA OLEH SEMUA ANAK YANG BERGELAR PELAJAR....

Kisah kali ini diceritakan oleh seorang hamba Allah di sebuah taman perumahan di sekitar Ipoh(namanya dirahsiakan)...Kisah ini amat menyentuh jiwa saya apabila ianya diceritakan kembali oleh salah seorang anak murid pengajian saya di taman perumahan tersebut.....

Ceritanya mengisahkan seorang ayah dari keluarga yang miskin..kerja sendiri hanya menoreh getah..datangnya jauh dari kampung..dengan menaiki teksi..membawa beg dan barang-barang milik anak gadisnya.. yang dapat melanjutkan pelajarannya di sebuah institusi pengajian di Ipoh..menyewa di rumah sewa bersebelahan dengan rumah tuan empunya cerita ini. 

"Masih saya ingat lagi ustaz.... bagaimana senyuman bangga ayah si gadis ini... yang terlalu seronok kerana anak gadisnya berjaya melayakkan dirinya menjadi pelajar di Institut Pengajian Tinggi 

"Saya dapat melihat dengan jelas..bagaimana ayah si gadis ini ..sibuk mengangkat barangan anaknya..dengan mulutnya riuh rendah..sambil melemparkan senyuman kepada dirinya...sebagai jiran kepada anaknya itu.Setelah bersalaman dengannya..ayah si gadis ini ramah menceritakan kejayaan anaknya..dan anaknya itulah yang diharapkan akan menempah kejayaan ..seterusnya dapat membela hidup mereka sekeluarga suatu hari nanti.

Sedang kami berbual.. terdengar anak gadis si ayah ini merungut...katanya "Ayah...kat sini tak ada tilam..la..takkan nak tidur atas toto aje ..nanti sakit lah badan along ni..!!" kata anak gadisnya merungut manja...sambil meneruskan bebelannya dengan suara yang kurang jelas.

Ayahnya hanya tersengih..sambil menjawab "nantilah ayah belikan..tengah ni duit ayah dah habis.... beli kelengkapan kamu...kita bukan orang senang..."

"Ok lah ok lah...tapi ayah beli cepat sikit tau...nanti macam mana along nak belajar..tidur tak selesa....nanti tak boleh tidur....haaa..ganggu prestasi along..!!"

Ye la...ye la.....nanti ayah beli lah...."

Sebulan telah berlalu...si ayah belum lagi nampak ..kelibatnya membawa tilam yang dijanjikan...mungkin..sedang kumpul duit nak beli tilam agaknya...maklumlah kerja kampung bukan orang senang....rumah yang anaknya sewa pun bayarannya kongsi ramai-ramai...satu rumah duduk lapan orang.

"Apa yang tak seronoknya ustaz ialah....budak-budak perempuan di sebelah rumah saya tu...pada mula mereka duduk menyewa tiada apa masalah ataupun gangguan
tapi lama kelamaan..rumah sewa anak dara di sebelah saya ni dah mula dilawati oleh budak-budak lelaki...ada yang datang bermotosikal dan ada yang datang dengan menaiki kereta....

"Entahlah ustaz..bukan tak tegur..dah tegur dah....tapi jawab budak lelaki yang datang bertandang tu...pakcik ni sapa?...bapak diorang ke ..????" terkedu saya ustaz apa nak dikata lagi....."Kadang-kadang ustaz bebudak lelaki tu duduk rumah sewa budak perempuan sampai ke tengah malam....gerun saya ustaz....!!"

"Pernah sekali tu saya terfikir untuk melaporkan perkara ini kepada penguatkuasa jabatan agama...tetapi saya risau pulak nanti bebudak lelaki tu akan serang saya balik..atau apa-apakan keluarga saya..saya pun ada anak dara ustaz...risau saya ustaz...apalah upaya saya ustaz..."

"Berkenaan dengan anak gadis si ayah yang malang ni tadi..setiap hari keluar dengan pakwenya...maklumlah orang sedang bercinta..bercouple...mak bapak pulak jauh ..jadi line clear...ustaz..kadang-kadang tengah malam baru nampak balik ke rumah sewanya..entah lah..sedih saya apabila mengenangkan bapanya yang cukup baik."

Suatu petang ustaz....sedang anak gadis si ayah ni keluar macam biasa dengan pakwenya....ayah si gadis ini sampai ke rumah sewa anak gadisnya....dengan menaiki motorsikal..di belakang motorsikalnya itu terikat tilam kekabu....sambil dia berhenti ..lalu terkial-kial si ayah ini cuba menongkatkan motornya...kerana tilam kekabu itu berat.....kemudian si ayah itu menjerit memanggil nama anaknya.. sambil mengelap peluhnya yang mengalir laju...terdengar suaranya yang mengah..memanggil-manggil anaknya..tetapi tiada sahutan...sunyi...kerana hari itu hari cuti...ada yang dah balik kampung hujung minggu dan ada yang biasa la..tengah menenggek di belakang motorsikal pakwe mereka...termasuklah anak gadis si ayah yang malang ini.

"Saya pun keluar dari rumah....lalu memanggil si ayah ini tadi..abang..mari masuk berehat di rumah saya dahulu...bebudak ni tak ada mereka keluar agaknya..."kata saya kepada si ayah ."

"Ke mana mereka pergi....agaknya...keluar ramai-ramai ke.bila balik agaknya.?" tanya ayahnya...bertalu-talu...saya hanya mendiamkan diri....lalu saya berkata kepada si ayah...tak mengapa bang...rehat dulu..abang letih tu datang dari jauh....bawak masuk motor abang tu ke dalam laman rumah saya...."

Si ayah bersetuju kerana tiada pilihan lain...nak balik alang-alang..dah sampai ..bukannya dekat..lagipun bukan senang nak datang balik.....si ayah nampak keletihan sambil menolak motorsikalnya dengan beban tilam yang berat.

Si ayah menunggu...sehinggalah waktu maghrib telah masuk....si anak masih tidak balik lagi....saya mengajak si ayah masuk ke dalam rumah mandi dan menunaikan solat maghrib ..kemudian saya menjamunya makan malam.Si ayah nampak keberatan tapi apa kan daya kerana menunggu anaknya ...lantaran hati kecilnya merasa risau kalau-kalau anaknya tidak selesa tidur di atas toto...takut kesihatan anaknya terganggu.

Sedang kami duduk menunggu anaknya....yang masih tidak balik walaupun waktu isyak sudah lama berlalu....tiba-tiba si ayah sudah mengesyaki sesuatu.....lalu bertanya kepada saya..."Anak saya ni keluar dengan siapa sebenarnya encik?"
Saya hanya terdiam...tak terkata apa-apa....lalu saya menjawab..."beginilah bang..abang tunggulah sampai dia balik ..lihatlah sendiri dan tanyalah sendiri dengannya."

Si ayah semakin risau......dan semacam sudah mengesyaki sesuatu yang tidak baik sedang dilakukan oleh anak gadisnya itu.

Tepat pukul 2.15 pagi...barulah anak gadisnya pulang..dengan membonceng motorsikal pakwenya..memeluk mesra...pakwenya....berhenti di depan rumah sewa 
Si anak gadis itu kemudiannya turun dari motorsikal pakwenya...sambil menanggalkan topi keledar diikuti oleh pakwenya,..itu....mereka tidak terus berpisah tetapi berbual mesra di hadapan rumah..tanpa menyedari...perlakuan mereka itu dilihat oleh kami berdua....

Mereka berpegangan tangan..sambil ketawa....bergurau....dan tiba-tiba..pakwe si gadis itu mencium bibirnya...!!!Subhanallah....saya tak boleh bayangkan keadaan ayahnya ketika itu yang bangun dan hendak bergerak menuju ke arah anaknya...tetapi saya tahan....kata saya kepada ayahnya..:"Jangan bang...sekarang dah pagi...jangan mengamuk tengah ni nanti..abang yang dapat malu...biarkan budak lelaki itu balik dulu"

Hampir setengah jam kami melihat babak mesra bercumbu dan berpeluk itu...barulah budak lelaki itu pulang...si gadis itu pun masuk ke rumahnya.....
Setelah beberapa minit barulah ayahnya menolak motorsikalnya...dan menghidupkan enjin lalu berhenti di depan pintu pagar rumah anaknya..seolah-olah dia baru sampai...lalu dia memanggil nama anaknya....

Anak gadis ini membuka pintu sambil merungut terkejut dengan kehadiran ayahnya pada lewat pagi sebegitu...sambil katanya..:"hah ayah apasal datang pagi-pagi macam ni.....tak boleh tunggu besok..?

Si ayah terus meluru lalu menampar...muka anak gadisnya...menjerit-jerit...marah.."Oooo.....buat apa datang pagi buta ye....kamu tahu tak... aku sampai sejak dari petang tadi..menunggu kamu...bawakkan tilam untuk kamu.....jenuh aku tunggu kamu....ni ha...pakcik ni yang tumpangkan aku..rehat..sembahyang ...makan.....aku datang dari jauh letih...sebab risaukan kamu...sayangkan kamu..tapi kamu...keluar sampai jauh malam....dengan pakwe kamu ye...dah la tu kamu bercium beromen depan aku..anak tak tahu diuntung....aku malu tau tak...maluuuuu....anak kurang ajar..anak derhaka....anak tak mengenang budi.....aku jaga kamu....aku tatang kamu macam minyak yang penuh....macam ini balasan kamu...macam ni balasan kamu..pada aku..haaaa!!! anak sial........berdebub...gedebab....kali ini saya lihat dia terajang anaknya ustaz.....saya masuk ke dalam rumah dan memegang si ayah dan memintanya mengucap....beristighfar....bersabar..........

Anak gadisnya...menangis meraung...merayu...memohon keampunan.....hu hu hu ayahhhh...ampunkan alongggg....huwaaaaa...ayah alongggg salah ...along berdosa dengan ayah.....hunhuuuuuu.......!!

Kau memang anak celaka.....memalukan keluarga...orang tua..kalau mak kamu tahu ni pasti mak kamu akan sedih sangat....tadi..mak kamu nak ikut..rindu nak tengok kamu...aku tak bagi tau tak.... sebab nak bawak tilam ni....kamu tau tak tilam ni berat....tilam kekabu...aku bawak dari kampung jauh....terhoyong hayang aku..bawak motor...tadi pun nyaris tak kena langgar dengan lori..tau tak...??
Kata si ayah sambil menangis.......suasana pilu.....saya juga menitiskan air mata....sedih melihat ayah yang separuh abad,,,menangis kecewa dengan perbuatan anak gadisnya.


"Sudah..kau kemaskan barang....pagi ni jugak balik ikut aku....balikkkkk...ikut aku...cepatttt,.........kata ayahnya....

Sejak itu ustaz saya tak nampak lagi anaknya itu balik ke rumah sewa disebelah rumah saya itu...Tilam yang dibawa oleh ayah si gadis itu masih ada di rumah saya ditinggalkan oleh ayahnya...kerana tidak mampu dibawa balik lantaran si ayah membawa anaknya balik pada malam itu juga.

Pada malam itu juga si anak gadis itu balik ke kampungnya,....dengan membonceng motor...tetapi bukan di belakang pakwenya...tetapi dibelakang bapaknya......kesiannn ustaz...kesiannnn......

Tuesday, January 31, 2012

Cerpen sedih dari Facebook

 
 
 
Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?



Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.



Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.



“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.



Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.



Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.



Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.



Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.





Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”



“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.



Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.



Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.



Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”



Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.



Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).



Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.



Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.



Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.



Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.



Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.



“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.



“ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”



Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.



Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.



Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?



Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. “Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.



Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…



Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =)



Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.



“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…



Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.

Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.

Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman

Lepas beberapa minit.

Syarikat abang dah okay? – Syahirah.

Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman

Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.

Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.



“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.



“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”



Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.” Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.



PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.



**********



Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.



Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…



Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..



“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.



Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.



“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..



Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”



Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.



Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti. wallahua'lam...