Nuffnang Ads

Saturday, January 14, 2012

Microsoft Windows 8 bakal di perkenal pada Oktober

Assalamualaikum..
Salam Bersa7u
o.o.o.o.o.o.o

Hari ini Mr. 7 dapat info dari teman blogger Mr. 7 juga tentang windows 8 yg bakal di keluarkan oleh syarikat microsoft pada awal februari ini dalam versi beta. Mr. 7 sendiri tertunggu-tunggu. Jom kita layaaann apa kata juru cakap dan video yang ada kat bawah ni.
Layaaaaannn..

Dengan pengumuman Microsoft untuk melancarkan Windows 8 Beta, semestinya ramai yang menantikan apakah perubahan yang bakal dibawakan oleh Microsoft serta pelbagai fungsi menarik yang akan disertakan pada versi Beta. Dan untuk memberi idea awal, Microsoft sendiri telah memperlihatkannya pada acara CES 2012 yang berlangsung sepanjang minggu ini.
Buat masa ini, Microsoft masih belum mengeluarkan sebarang senarai penuh perubahan. Namun, melalui laman Neowin, video demonstrasi yang dilakukan oleh Microsoft memperlihatkan beberapa perkara, termasuk sokongan warna latar belakang yang tidak terdapat pada Windows 8 Dev-Preview, sokongan kawalan tetikus mengikut gestures, dan termasuk salah satunya, Microsoft Music.
Microsoft sendiri dijangka akan melepaskan versi beta untuk Windows 8 ini untuk diuji oleh semua pada bulan Februari ini, selain turut disasarkan untuk dilepaskan kepada umum secara rasminya sekitar bulan Oktober kelak.



Friday, January 13, 2012

Cara Mandi Hadas















Macamana kah cara mandi wajib lelaki yang betul? ada kah menggunakan hos sambil berniat membersihkan badan dikira sah sebanyak tiga kali dilakukan..

sebagai pengetahuan kita semua. Mandi wajib atau dinamakan mandi hadas disebabkan keluarnya mani, keluar darah haid, nifas dan berjunub (bersetubuh) antara suami dan isteri. Menurut pandangan As-Sayyid Sabiq dalam kitabnya Fiqh Sunnah jilid 1 mengatakan bahawa :
“Mandi adalah meratakan air ke seluruh tubuh”.
Mandi disyariatkan berdasarkan Firman Allah yang bermaksud : “…dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka bersucilah Dengan mandi wajib…”. (Al-Maidah : 6)
Jelas di sini bahawa mandi wajib adalah menyampaikan air keseluruh anggota-anggota zahir tanpa ada halangan seperti cat, sisik ikan, minyak dan seumpamanya. Jika ada perkara yang menghalang air sampai ke seluruh anggota badan, maka tidak sah mandi tersebut dan ia perlu mengulangi mandi tersebut.
Perkara-perkara yang mewijibkan mandi
  1. Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
  2. Keluar mani walaupun sedikit.
  3. Mati melainkan mati syahid.
  4. Keluar haid bagi perempuan.
  5. Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
  6. Wiladah atau melahirkan anak.
Fardhu mandi Pertama :
Niat
Keluar mani atau keluar haid dan nifas
نَوَيْتُ رَفَعَ الْحَدَثِ الْاَكْبَرِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْحَيْضِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.
Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri
نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْجَنَابَةِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.
Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ النِفَاسِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.
Kedua : Menghilangkan najis daripada anggota badan. Iaitu sebelum memulakan mandi, perlulah terlebih dahulu membersihkan atau menghilangkan najis daripada anggota badan.
Ketiga :
Mengalirkan atau meratakan air ke seluruh anggota badan. Maksudnya ialah menyampaikan air ke seluruh bulu, rambut, seluruh anggota badan dan mengalirkan air kepada tempat-tempat yang zahir daripada khubul dan dubur.
Cara mandi
    1. Sebelum memulakan mandi hadas, maka terlebih dahulu mandi biasa untuk membersihkan tubuh, menghilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan. Perlulah disabun terlebih dahulu sebagai tanda menghilangkan kotoran sebelum mandi hadas. Ingatan saya, jangan ketika mandi hadas anda sabun, kerana sabun itu bukan dari air yang mutlak dan mandi hadas anda boleh menjadi tidak sah di sebabkan sabun tersebut.
    2. Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
    3. Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.

    1. Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.

    1. Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.

  1. Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
  2. Gosot atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
  3. Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.
Saya rasa ini sahaja untuk perbahasan bab mandi hadas bagi lelaki dan perempuan. Maaf saya menulis artikel ini dengan ringkas dan menggunakan teknik penulisan poin sahaja. Jika ada apa-apa persoalan boleh kemukakan di ruangan komen dibawah ini. Insyaallah saya akan menjawabnya jika masa mengizinkan. Anda juga boleh menyemak di kitab-kitab fiqh, bab bersuci, bahagian mandi.

Wednesday, January 4, 2012

Batas Malaysia - Double 7


Assalamualaikum & Salam Bersa7u

Maaf kerana Mr.7 dah lama x update blog nih..
ok, entry kali nih Mr.7 nk bg anda bace satu website nih..
penah dengar Double 7 atau 77? Penah dengar 3line?
mesti korang sume tau pnya kaaannnnn.... jgn la ckp xtau....
xkn la kome xtau apa tu 30, 36 & 77 tu....
hehe

selalu dgr citer yg 30, 36 & 77 tu x ngam kn? Mr.7 xnk bnyk ckp, nnt tersalah cakap lak.... ape lagi...
nah amek nih!!!
jeng.. jeng.. jeng........




klik je ah link BATAS MALAYSIA yg kaler biru tuh...
jom kita baca apa yg ayah boss ckp kn tu..
opsss....  hehe
jom kita baca...

(Ayahanda Khalifah PLG Al-Rawa - Abdullah Ghani Bin Kassim)


.      .      .     .     .      .      .

Monday, December 19, 2011

Anonymous Mengumumkan Perang Ke Atas Illuminati Pada 2012

Assalamualaikum & Salam Bersa7u


Mr. 7 ade dgr citer baru pasal Anonymous, dgr2 dorang ni nk perang dgn Illuminati.. so, ape komen anda semua pasal ni....? jom layaaaann.........


Salah satu kumpulan pengodam yang popular adalah Anonymous, dan selepas mengeluarkan beberapa video sebelum ini, kini melalui video terbaru mereka, mereka mengeluarkan amaran kepada pihak Illuminati, dengan pada masa yang sama mengumumkan perang ke atas Illuminati pada tahun 2012 kelak.






Melalui video yang diperlihatkan, mereka mengatakan yang mana amaran pertama telah dikeluarkan, namun organisasi tersebut masih meneruskan aktiviti mereka, dan kini melalui video kedua, mereka mengumumkan perang ke atas Illuminati. 

Menurut video tersebut juga, mereka akan mengeluarkan pelbagai informasi berkaitan dengan Illuminati dan juga 13 Bloodlines, dalam usaha mendedahkan Illuminati.


Memandangkan kumpulan ini merupakan kumpulan yang besar, jadi ia agak sukar untuk menyatakan kesahihan perkara ini.

Sunday, December 18, 2011

Sony PlayStation Vita Mula Dijual Di Jepun...
















Terbaek kn bnda alah ni?? memang best!!! aku dgr citer bnda ajaib nih dah pn d jual d jepun.... bnyk gilak org beli.... stim lak aku tgk game console nih... stylo kn..... ble la nk dpt sebijik..... agak2 harga pasaran malaysia bape ah? hehe nk tau lagi pasal bnda ajaib ni? klick link bawah nih

‘Aku Ingin Dilubangi’, ‘Hamil Duluan’ Antara Lagu Yang Diharamkan Di Indonesia

Pernah tak anda terfikir akan ada lagu yang berjudul ‘Aku Ingin Dilubangi’, tapi itulah hakikatnya di Indonesia apabila pihak berkuasanya mengesan banyak lagu yang mengandungi lirik dan klip video yang lucah.

Pening dengan percambahan lagu yang sebegitu, baru-baru ini semua stesen radio dan televisyen di wilayah Jawa Barat diarah untuk tidak menyiarkan lagu atau klip video sebegitu.

Pengharaman itu dibuat oleh Suruhanjaya Penyiaran Indonesia cawangan wilayah Jawa Barat (KPID) berikutan permintaan daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI) , majlis perundangan wilayah (DPRD) dan masyarakat.

“Sehingga tahun ini, kami menerima 263 aduan melalui pelbagai media termasuk SMS, surat, emel, panggilan telefon dan rangkaian media sosial lain mengenai kandungan siaran radio dan TV,” kata pesuruhjaya KPID Jawa Timur Nursyawal yang dipetik akhbar harian berbahasa Inggeris Jakarta Post.

Penulis difahamkan, selain lagu Aku Ingin Dilubangi, antara lagu yang turut menerima ‘hukuman’ kerana dianggap lucah termasuk ‘Mobil Bergoyang’, ‘Cinta Satu Malam’, ‘Hamil Duluan’ dan ‘Mari Bercinta 2′.


“Mobil Bergoyang, sebagai contoh, mengandungi lirik mengenai bagaimana gadis liar tidak memerlukan bilik hotel yang mahal untuk berasmara tetapi hanya sebuah kereta.
Lagu ‘Hamil Duluan’ ialah mengenai pasangan yang belum berkahwin mengadakan hubungan seks menyebabkan si gadis mengandung.

Nursyawal berkata suruhanjaya itu tidak bertindak sebagai penapis mengharamkan penciptaan lagu atau video klip terbabit.

“Apa yang boleh kami buat ialah mengharamkan ia daripada disiarkan. Malah di negara maju seperti Amerika Syarikat, yang disebut sebagai negara paling liberal, lagu dan video yang mengandungi bahan seks tidak dibenar disiarkan untuk awam,” katanya.

Secara peribadi, penulis belum pernah mendengar lagu-lagu sebegitu tetapi rasa-rasanya tak lama lagi masuklah dalam Youtube.

Sebenarnya lagu-lagu negara jiran ini terutama yang berentak dangdut bukan saja ‘dihantui’ lirik dan judul yang lucah, tetapi persembahan artisnya juga banyak yang berunsur lucah.

Nak buat macam mana, ‘market’ di sana mungkin memerlukan artis, lagu dan persembahan sebegitu kalau nak lariskan jualan.

Harap-harap janganlah ada artis kat Malaysia ni tiru cara sebegitu, namun ada teman di Kelantan beritahu ramai juga artis dikir barat buat lirik lucah dalam lagu yang dirakamkan mereka, betul ke? – Oleh SYAHRIL A. KADIR




Sumber Asal: http://mynewshub.my/2011/12/16/aku-ingin-dilubangi-hamil-duluan-antara-lagu-yang-diharamkan-di-indonesia/

Pelajar UNISEL Bestari Jaya gantung diri dalam hostel!!

Seorang pelajar UNISEL Bestari Jaya telah berjaya menggantung dirinya pada sebuah kipas siling di dalam biliknya.. si mati dipercayai berbangsa india dan bertindak menggantung diri kerana masalah peribadi
takziah diucapkan kepada keluarga si mati...
dengar cite, mayatnya hanya ditemui selepas 4 hari...

meh layan gambar dia jap...

nah amek la..



aku sebagai pelajar pun malu sebab....... korang agak sndri lah k sebab aku malu...
kepada pelajar2 lain yg kt luar sana tuh, xkira la pelajar UNISEL ke uitm ke uum ke mane pn korang blaja, jgn wat cm ni k
kesian kt mak bapak lu orang... jaga nama baik keluarga k...

Assalamualaikum dan Salam Bersa7u.......