Menceritakan perjalanan hidup dan pengalaman yang dilalui... Semuanya berkait dengan hati dan perasaan. Marah, sedih, gembira, kasih, cinta, sayang, dendam dan semua yang membuatkan sesebuah kehidupan itu lebih berwarna-warni... Banyak lagi lah yang ada kat sini.. Jom layaaaannn...
Nuffnang Ads
Monday, April 23, 2012
(RALAT NOTIS 2) - Anugerah Khas YAB Perdana Menteri kepada Yang Mulia Ayahanda Khalifah PLG Al Rawa
(RALAT NOTIS 2) Demi mengekalkan keselamatan, kestabilan & keharmonian Negara, Majlis Tertinggi BATAS Malaysia mengambil keputusan mematuhi nasihat K.P.N & Menteri K.D.N untuk terus memberi sokongan pada Perhimpunan Warga Silat & BATAS Mala...ysia yang di pindahkan lokasinya ke STADIUM BOLA SEPAK KUALA LUMPUR, CHERAS Depan HUKM pada 25hb April 2012 (RABU) jam 6petang. Bersama kita berdiri bersama YAB Perdana Menteri & Yang Mulia Ayahanda Khalifah PLG Al-Rawa menyatakan Ikrar Sumpah Taat Setia kepada Yang DiPertuan Agung.
Mohon Sebarkan ke akarumbi warga Majlis PLG Bersatu. Salam Perjuangan.
. . . . . . .
Mengenai Batas Malaysia(Badan Amal Tarbiah Sejagat)
PERUTUSAN PRESIDEN
SEMPENA PERASMIAN LAMAN WEB RASMI BATAS MALAYSIA
. . . . . . .
Bismillahirohmanirrohim
Assalamualaikum WBK.
Salam 1 Malaysia.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung-pengunjung di halaman maya ini, khususnya dari ahli-ahli ‘Berbai’ah’ dan ‘Ahli Berikrar Sumpah Taat Setia’ dari warga Pertubuhan Badan Amal Tarbiah Sejagat atau dengan nama singkatannya ‘BATAS Malaysia’ dari seluruh Negara yang dengan sabar menanti siapnya pembinaan ‘Bahtera BATAS’ ini untuk kita layari bersama di samudera luas penuh cabaran ini.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Pendaftar Petubuhan Malaysia kerana meluluskan pendaftaran organisasi ini untuk menjadi payung kepada seluruh jemaah 30, 36, 77 yang selama ini bergerak serta beraktiviti tanpa organisasi yang sah di sisi undang-undang Negara.
Saya memanjatkan rasa syukur saya ke hadrat Allah SWT kerana hasrat saya untuk membina sebuah ‘platform’ alternatif bagi seluruh anggota-anggota yang digelar dengan angka-angka berdigit di atas, telah di beri nama khusus dan murni serta berdaftar dengan sah untuk kita ber aktiviti, beramal dan bersosial bagi membentuk sebuah masyarakat yang sejahtera secara teratur dan terpimpin demi kepentingan Agama, Bangsa dan Negara.
Selama ini, umum mengandaikan ahli-ahli ber digit ini dengan pelbagai andaian dan gelaran dengan istilah ‘Kongsi Gelap’, ‘Samseng’ ‘Penjenayah’, ‘Gangster’, ‘Puak Merah’ serta berbagai istilah lagi.yang mencerminkan sikap negatif dan ganas yang mendatangkan kerosakan pada masyarakat dan Negara.
Namun harus diingat bahawa apa jua pandangan awam terhadap ahli-ahli berdigit ini, mereka atau kami tetap menjadi eset kepada Negara serta menjadi penentu masa depan Agama, Bangsa dan Negara dan pewaris kepada kesinambungan kepimpinannya. Sejarah Islam telah meriwatkan bahawa takkala Panglima Agung Islam, Sultan Sallahudeen Al Ayubbi hendak dilahirkan ( pada tahun 543H atau 1138M di Azarbaijan. ) dan ketika itu Ayahanda baginda di usir dari Tirkit, Iraq, Al Marhum Ayahanda baginda pernah mengeluarkan ungkapan
“ Anak itu lahir dalam keadaan benar-benar menyedihkan. Aku merasa SIAL dengan kelahirannya"
Namun anak yang di katakana sial itu akhirnya menjadi Panglima Agung Islam malah berjaya membebaskan Baitul Muqqadis tanpa setitis darahpun gugur dari pemerintahan zalim dan Agama Bangsa dan Negaranya terhutang budi padanya.
Justeru saya menyeru kepada masyarakat awam agar jangan cepat mencerca dan menghina kami anggota-anggota berdigit ini dengan pelbagai istilah hina, didiklah kami, tarbiahlah kami agar mudah-mudahan mana tahu ada di antara kami kelak bisa mengulangi jejak sejarah perjuangan Baginda Sallahudeen Al-Ayubbi. Semoga Allah SWT merahmatinya.
Saya tidak nafikan, ada di antara anggota-anggota ber digit ini terlibat dengan berbagai bentuk perlanggaran undang-undang atau mendatangkan kerosakan sosial kepada masyarakat dan Negara, tetapi harus di ingat, bahawa itulah sifat sebagai seorang manusia yang sudah tentu tidak sempurna segalanya. Namun, pada setiap kekurangan seseorang individu, akan pasti ada kelebihannya dari sudut yang lain. Begitulah fitrah kejadian seseorang manusia dan sesungguhnya Allah Maha Adil Lagi Bijaksana.
Oleh kerana itu, Allah SWT telah menciptakan undang-undang, peraturan kehidupan serta hukum baik dan buruk untuk manusia seperti yang tertinta di dalam Al Qur’an dan diriwayatkan dalam Al Hadis dan Allah SWT telah membuka ‘Pintu Taubat’ untuk manusia hingga kehujung nyawa.
Sebagai seorang manusia serta insan yang lemah,saya mengakui bahawa saya juga melalui proses sedemikian mengikut masa dan usia. Kadang-kala, saya juga tersandung rebah kerana godaan nafsu amarah, ego, khilaf dan silap dalam membuat keputusan dalam mendepani cabaran kehidupan sebagai seorang manusia. Dan saya sangat yakin sebagai seorang insan yang lemah, Nafsu Amarah ini akan membayangi kehidupan saya sehingga akhir hayat saya. Saya berdoa agar diberi petunjuk dan hidayahNya agar saya dapat mendaki sedikit demi sedikit ke tangga makam nafsu yang lebih baik meskipun terlalu mustahil bagi saya untuk menjejaki makam Mut’ma’innah.
Namun demikian, saya mensyukuri nikmat Allah kerana senentiasa membuka‘Pintu TaubatNya buat saya sehingga nafas terakhir saya kelak dan saya akan senentiasa memanafaatkan ‘Nikmat Besar’ itu selagi tidak bercerai nyawa dengan jasad saya.
Menyentuh tentang anggota - anggota jemaah berdigit ini, saya suka mengingatkan bahawa disamping selama ini mereka bergerak dalam organisasi ‘Tanpa Sah Taraf’, mereka juga bergerak dalam organisasi yang sah serta berdaftar seperti di dalam Ngo-Ngo berdaftar serta pertubuhan parti-parti siasah dalam Negara. Ada di kalangan mereka terdiri dari golongan-golongan professional dalam pelbagai bidang serta berpendidikan tinggi sehingga ada anggota- anggota Kerabat Di Raja turut menyertainya. Justeru itu, tidak perlu menggelar mereka-mereka ini atau kami dengan gelaran-gelaran hina seperti ‘Anak Haram’, sampah masyarakat, dan berbagai-bagai lagi gelaran yang menimbulkan pandangan negatif dari masyarakat.
Memang telah menjadi fitrah hidup ’Anak Muda’ yang berdarah muda yang senentiasa dibayangi oleh sifat ego, riak, kuat perkasa, bertenaga. Apabila warga muda ini terkait dengan sifat-sifat di atas, maka sudah tentu mereka akan memerlukan cabaran untuk mencabar sifat-sifat orang muda ini agar kembali stabil dan tenang. Sebahagian dari anak muda ini menjadikan sukan sebagai alat menguji kekuatan tenaga muda ini dengan cara yang sihat dan ada di antaranya yang secara nagatifnya menyertai kongsi-kongsi gelap, terlibat dengan pergaduhan jalanan, menjadi ’Mat Rempit’ dan berbagai-bagai lagi gejala yang kurang sihat untuk mereka uji dan salurkan ’Tenaga Muda’ yang ada di dalam diri mereka serta mencabar kemampuan diri. Terdapat juga ada anak muda yang berusaha meningkatkan lagi tenaga mereka untuk disesuaikan dengan ’Nafsu Muda’ mereka yang jauh lebih tinggi dari tenaga yang ada pada mereka atau mengwujudkan persaingan yang tidak sihat sesama rakan sebaya mereka dengan mengambil pelbagai dadah dan pil hayal untuk merangsangkan tenaga muda ini keperingkat maksimum, lantas akhirnya, bahan-bahan larangan itu menjadi racun menjerat diri mereka kelembah kehinaan dan kehancuran dan akhirnya menjadi tanggungjawab kita pula untuk bersama mentarbiahkan mereka-mereka ini menjadi insan yang berguna untuk nusa dan bangsa.
Sekiranya ’Tenaga Muda’ ini di didik serta di tarbiahkan dengan baik dengan berpandukan Qur'an dan Hadis, ianya amat berguna untuk membangunkan umah serta memperkasakan Agama, Bangsa dan Negara.
Sejarah awal pengembangan Agama Islam yang di pimpin oleh Baginda Nabi Muhammad SAW telah membuktikan bahawa ada di antara sahabat-sahabat Rasullullah SAW, sewaktu jahiliahnya, sangat bersifat samseng memerangi usaha-usaha dakwah Baginda. Namun setelah menerima taufik dan hidayah dari Allah SWT serta tarbiah dakwah dari Baginda Rasullullah SAW, maka mereka yakni anak-anak muda Islam itu terus menjadi ’Lebih Samseng’ dalam usaha mempertahankan Islam dari di perangi oleh golongan-golongan jahiliyah qurais. Namun di sebalik sifat samseng para sahabat Rasullullah SAW itu, mereka tetap tunduk rukuk dan bersujud di hadapan Allah SWT menangis memuji kebesaran dan kekuasaanNya. Begitulah sempurna jadinya ’Tenaga Muda’ ini sekira di tarbiahkan ke jalan yang di redhai Allah SWT.
Justeru itu, inilah antara matlamat BATAS Malaysia di tubuhkan yang diantara lain untuk mentarbiahkan warga-warga muda yang di kaitkan dengan istilah ’Samseng Jalanan’,’Kongsi Gelap’, ’Gangster’ dan berbagai-bagai istilah lagi untuk di bentuk menjadi seorang pejuang dalam mempertahankan maruah Agama, Bangsa dan Negara, biarpun selepas itu mereka atau anak-anak muda ini berterusan di cop dengan istilah-istilah tersebut.
Secara peribadi, saya suka di gelar sebagai ’Samseng’ kepada Agama, Bangsa dan Negara saya. Jangan sesiapa cuba menyanggah tiga ungkapan keramat ini, kerana saya dan kami sanggup mati dalam mempertahankannya. Sebagai anggota TS, saya juga telah berjanji sumpah setia demi mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara.
Harus di ingat, bahawa di era zaman penjajahan, pejuang-pejuang kemerdekaan Negara kita juga digelar oleh penjajah dengan berbagai gelaran seperti ’Pengganas’, ’Penderhaka’, ’Pengkhianat’ dan ’Samseng’ serta puluhan gelaran yang pada mereka bertujuan untuk melemahkan perjuangan. Namun gelaran-gelaran itu menjadi minyak yang dicurahkan ke api perjuangan’ sehingga marak merah menyala memerangi penjajahan. Percayalah, bahawa ’samseng-samseng atau gangster-gangster inilah akan terlebih dahulu mara saf hadapan sekiranya Agamanya disendakan, Bangsanya di hinakan dan Negaranya cuba di runtuhkan. Cukup dengan mentarbiahkan mereka-mereka ini dengan Iman, InsyaAllah bukan sahaja darah mereka sanggup titiskan, malah nyawa juga sanggup mereka taruhkan demi pertiwi. Sesungguhnya, Rusullullah SAW sangat mengasihi umatnya yang gagah perkasa dari umatnya yang lemah jiwa juangnya.
Berbalik kepada kelahiran organisasi baru yang di namakan BATAS Malaysia ini, saya suka memaklumkan bahawa nama organisasi ini diilhamkan sesuai dengan hasrat kami untuk melaksanakan kerja-kerja amal yang baik, mendidik atau mentarbiahkan insan sejagat tanpa mengira warna kulit atau anutan kepartian dan agama dikalangan ahli-ahli pertubuhan ini khasnya dan warganegara Malaysia amnya.
Meskipun untuk menyertai organisasi ini mensyaratkan seseorang individu beragama Islam, kita juga membuka pintu kepada rakan-rakan kita yang bukan beragama Islam dengan taraf menjadi Ahli Bersekutu. Sesungguhnya, beramal baik bukan sahaja menjadi tuntutan agama Islam sahaja, tetapi seluruh agama di muka bumi menuntut penganutnya beramal dengan amal-amal yang baik serta murni untuk kesejahteraan manusia sejagat.
Di zaman Rasullullah SAW, bukan sahaja Baginda pernah membuat amal kepada golongan yang bukan Islam, tetapi Baginda juga pernah diamali oleh golongan orang- orang yang bukan Islam. Baginda pernah disedekahkan sepotong daging oleh golongan bukan Islam. Dan sebelum kewafatan Baginda Rasullullah SAW, Baginda pernah pada setiap hari menyuap makanan kepada wanita uzur dan buta di pasar yang menyeranah Baginda pada setiap kali suapan pada setiap hari, dan akhirnya perempuan tua itu beriman setelah kewafatan Baginda setelah perempuan itu tahu bahawa orang yang menyuap makanan padanya dengan penuh tertib dan sopan itu adalah orang yang di seranahnya pada setiap hari. Maka benarlah Firman Allah SWT di dalam Al Quran yang bermaksud ” Sesungguhnya pada diri Rasullullah itu, Adalah suatu contoh ikutan akhlak yang baik”.
Sewaktu Perang Salib hampir 840 tahun yang lalu, Panglima Tentera Islam yakni Sallahudeen Al Ayubbi pernah menghantar buah-buahan serta ubat-ubatan kepada Panglima Tentera Kristian ( King Richard I – Raja England ) yakni musuh yang sedang menentangnya apabila Baginda mendapat perkhabaran bahawa musuhnya sedang terlantar sakit. Akhlak apakah yang cuba dipamerkan oleh Baginda Sallahudeen Al Ayyubi ini ?. Sesungguhnya ’Akhlak Luar Biasa’ yang di pamerkan ini adalah akhlak murni yang diperturunkan oleh Baginda Rasullullah SAW dan perlu kita contohi demi semangat keinsanan sejagat. Inilah Akhlak Agama Islam.
Selama
ini kita telah disempitkan dengan fahaman songsang assobiah oleh
sesetengah pihak, sedangkan Islam tidak pernah mengajar penganutnya
untuk memusuhi semua rakan-rakan kita yang bukan Islam. Allah SWT telah
menjadikan manusia terdiri dari berbagai bangsa dan keturunan supaya
kita saling mengenali antara satu dengan yang lain dan Islam tidak
sekali-kali menegah kita yakni umat Islam untuk membuat kebaikan dan
kebajikan kepada umat bukan Islam. Rasullullah telah banyak
mempertahankan hak-hak golongan bukan Islam termasuk hak beragama di
zaman pemerintahan Baginda dan melarang samasekali umat Islam berlaku
zalim kepada mereka. Sebaliknya baginda menitahkan agar umat Islam
memberi contoh yang baik tentang keindahan dan kemurnian ajaran Islam
kepada orang-orang bukan Islam dengan harapan Allah SWT akan memberi
taufik dan hidayahNya kepada mereka. Terdapat juga sejarah tentang
beberapa siri perjanjian aman dan damai yang ditandatangani oleh Baginda
Rasullullah SAW dengan golongan bukan Islam dan terdapat juga individu
yang bukan Islam yang berjuang bersama Baginda demi mempertahankan tanah
air.
Justeru
itu, saya sebagai Presiden BATAS Malaysia dengan ini membuka pintu
organisasi ini kepada rakan-rakan kita yang bukan Islam untuk menyertai
Pertubuhan Badan Amal Tarbiah Sejagat sebagai status AHLI BERSEKUTU
demi mencontohi akhlak terpuji seperti yang di pamerkan oleh Baginda
Rasullullah serta pemimpin-pemimpin Agama Islam yang terdahulu. Saya
akan mengarahkan YM Ayahanda Setiausaha Agung mencetak atau menyediakan
borang-borang khas untuk ahli-ahli bersekutu ini dengan kadar segera dan
kepada anak-anak juang saya ( yang bukan beragama Islam ) yang telah
bersumpah ikrar taat setia kepada saya selaku pemimpin mereka agar
jangan ragu-ragu untuk menyertai organisasi ini. Ayuh, bersama kita
bersatu untuk negara kita yang menjadi tanah tumpah darah kita bersama.
Darah kelahiran anda ( termasuk bukan Melayu ) tumpah di Tanah Melayu
ini, maka inilah tanah tumpah darah anda, inilah Negara anda, Negara
Malaysia. Bukankah kita semua akan berdiri tegak bersama pada setiap
kali berkumandangnya ’Lagu Negaraku’. Bukankah kita semua menjunjung
bersama lima Rukun Negara.
Kepada anak-anak juangku yang berpegang dengan slogan TS, janganlah merasa terancam kepentingan atau tergugat kepimpinan, kerana rakan-rakan kita dari golongan yang bukan Islam hanyalah berhak menjadi Ahli Bersekutu sahaja dan sekiranya ada di antara mereka di angkat menjadi pemimpin, mereka akan memimpin dikalangan Ahli Bersekutu BATAS sahaja, manakala seluruh saf kepimpinan BATAS Malaysia akan tetap mengikut perlembagaan seperti yang termaktub di dalam Pendaftar Pertubuhan. Dan InsyaAllah kita akan bekerjasama dalam membina Negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang dipersada dunia.
Sebagai contoh, diwaktu kependudukan Jepun di Tanah Malaya, orang-orang Cina paling teruk menjadi mangsa balas dendam tentera-tentera Jepun dan kita orang-orang Melayu bersatu bersama orang-orang Cina masuk kehutan menentang kependudukan Jepun. Mengapakah kerjasama ini tidak boleh diteruskan demi kepentingan mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Negara ?. Kalau UMNO, MCA,MIC,PPP,GERAKAN bersatu menjadi BN, mengapa kita tidak boleh bersatu ?. Kalau PAS, DAP, PKR boleh bersatu menjadi Pakatan Rakyat, mengapa kita tidak ?. Justeru itu hentikanlah bercakap tentang bangsa kerana telah bersabda Baginda Nabi Muhammad SAW didalam hadisnya yang bermaksud ” Bukan dari golongan aku mereka yang bercakap tentang BANGSA !”.
Kita harus sedar bahawa tamaddun agama Hindu mendahului agama-agama lain di muka bumi ini sebelum kedatangan agama Buddha, Kristian, Islam dan sebagainya sehingga terdapat serpihan budaya hindu yang di amalkan oleh orang-orang Melayu hingga kini.
Kita juga harus sedar bahawa bangsa Cina di negara Cina terlebih dahulu menerima Islam dari kita Bangsa Melayu di Malaysia. Malah jumlah umat Islam di Negara Cina lebih tiga kali ganda dari jumlah penduduk di Negara kita. Malah sejarah Melayu telah meriwayatkan bahawa Laksamana Cheng Ho ( beragama Islam ) telah membawa Hang Tuah ke Negara Cina untuk di ’Ikrarkan’ di hadapan Maharaja Cina takkala meminang Puteri Hang Lipo untuk menjadi Isteri kepada Sultan Melaka. Sebagai warga Malaysia tidakkah kita merasa bangga sehingga terdapat Tokong Hang Tuah dan Jalan Hang Tuah di negara Cina sebagai tanda hormat penuh kemuliaan rakyat Cina di negara itu tentang kehebatan Hang Tuah ( Laksamana Melayu ).
Justeru
itu, bersamalah kita memperlahankan serta memelihara lidah kita dari
bercakap tentang bangsa secara keterlaluan dan berlebih-lebihan. Ayuh,
berbicaralah kita atas nama 1 Malaysia, berbicaralah atas nama Allah SWT
. Bersama kita mempertahankan tentang apa yang telah termaktub
di dalam Perlembagaan Persekutuan. Bersama kita mendakap erat 7 Wasiat
Raja-Raja di Malaysia (yang telah di meterai pada 5 Ogos 1957) di atas sumpah 7 petala langit dan bumi.
Ayuh bersama kita jirus api perkauman yang bakal membakar Negara.
Bersatulah kita atas nama Islam sebagaimana bersatunya golongan ’Ansor
dan golongan Muhajirin’
Saya
masih ingat bagaimana Al Mahrhum Ayahanda Pak Long Burong di tomah hina
begitu hebat diseluruh negara oleh golongan-golongan berfikiran sempit ini.sehingga
ada pihak yang sanggup mengkafirkan Allahyarham hanya kerana bersahabat
atau mengikrarkan anak-anak juang bukan Islam di dalam jemaahnya.
Mereka ini gagal mentafsirkan jalan tersirat yang di bawa oleh Almarhum
Allahyarham. Fikrah Almarhum Pak Long Burong ini cepat difahami oleh
Almarhum Allahyarham Pak Ngah Mat Janggut ( Ayahanda TS ) yang dengan
serta-merta mengisytiharkan 363 sebagai tanda bersekutunya perjuangan
meskipun ditentang oleh segelintir kepimpinan puak-puak / / /
Kita bukannya menyerahkan hak kuasa kepimpinan organisasi, tetapi kita hanya bersatu dan bersekutu atas perjuangan dan matlamat 1 Malaysia dengan mendukung 8 teras perdana yang menjadi dasar kepimpinan Negara. Saya harap penjelasan saya ini dapat di fahami dengan baik oleh semua kaum. Saya sangat percaya bahawa akan ada pihak-pihak yang akan mempertikaikan dasar serta arah tuju organisasi kita ini dengan niat curang dan menggagalkan perjuangan. Saya sanggup kehadapan mempertahankan dasar ini kerana penyertaan bukan Islam ke dalam Pertubuhan Badan Amal Tarbiah Sejagat ada BATASnya, kerana ianya termaktub di dalam perlembagaan di dalam Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
Kita juga menghormati mana-mana organisasi yang berjuang atas nama Bangsa atas hak warga pribumi. Itu tidak salah kerana telah menjadi fitrah bangsa di seluruh dunia sejak azali dalam usaha mempertahankan hak pribumi bangsanya. Ianya tidak bercanggah dengan Islam. Sudah tentu bangsa India di India mempertahankan hak pribumi bangsanya. Sudah tentu orang Cina di Tanah Besar Cina mempertahankan hak pribumi bangsanya. Maka tidaklah salah orang Melayu di Malaysia mempertahankan hak pribumi Bangsanya di Negaranya sendiri.
Saya
sendiri akan kehadapan mempertahankan hak bangsa saya sebagai warga
pribumi di Tanah Melayu ini, namun demikian kita juga harus bersama
mempertahankan hak bangsa lain sebagai warganegara Malaysia. Disamping
mempertahan hak orang-orang Melayu Islam saya juga akan kehadapan
mempertahankan hak-hak orang bukan Melayu walaupun di zalimi oleh
orang-orang Melayu Islam itu sendiri, kerana ajaran Islam berkehendakkan
penganutnya bersifat adil dengan penuh ihsan. Agama Islam tidak pernah
menghalalkan penindasan malah memberikan hak kebebasan beragama. Islam
sama sekali melarang umatnya merobohkan rumah-rumah ibadat bukan Islam
dengan penuh hasad sehinggakan tiada langsung ruang untuk mereka. Kita
akan merasa marah dan tersinggung sekiranya ada masjid-masjid di
robohkan di negara Cina atau India. Justeru itu janganlah kita
memperlakukan sesuatu perkara yang kita tidak suka orang lain perlakukan
pada kita. Ingatlah bahawa Islam melarang penganutnya menzalimi
walaupun pada seekor binatang waiima seekor babi sekalipun.
Kembali saya kepada soal penubuhan organisasi ini. Sukalah saya memaklumkan bahawa saya sebenarnya tidaklah kemaruk untuk menjadi pemimpin walau di tahap mana sekalipun. Puas untuk saya cuba mengelak dan menepis pelbagai desakan usaha pujuk rayu dari rakan-rakan untuk saya memimpin perjuangan. Namun akhirnya saya pasrah apabila saya memikirkan bahawa golongan seperti kita juga memerlukan seorang pemimpin untuk membimbing pengikut kita ke arah kemurnian hidup sejagat. Golongan ‘batu jalanan’ seperti kita ini juga perlukan seorang pemimpin yang akan menggilap kita menjadi ‘batu permata’ rebutan insan. InsyaAllah, dengan bantuan rakan-rakan seperjuangan dan pihak-pihak lain, saya akan berusaha untuk merealisasikan perjuangan ke arah yang di tuju.
Namun saya peribadi, saya sangatlah berharap, kepimpinan saya ini biarlah bersifat sementara. Apabila ‘ Bahtera BATAS’ ini telah memulakan pelayarannya, biarlah ada individu profesional yang akan mengemudinya sebagai nahoda yang lebih baik. Saya lebih suka menjadi individu yang dipimpin dari menjadi pemimpin, kerana saya amat bimbang bahtera kepimpinan saya mungkin tersesat haluan di samudera luas ini. Saya amat khuatir untuk ‘menepuk air di dulang’. Justeru itu, saya menyeru kepada rakan-rakan sekalian persis seruan Saidina Abu Bakar Al Siddiq sewaktu ditabalkan menjadi Khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Perbetulkanlah saya meskipun terpaksa menggunakan ‘Mata Pedang’, kerana saya juga anggota TS yang Berbai’ah.
Sebagai seorang pemimpin, terlalu banyak amanah dan harapan yang akan saya galas dan sandang. Saya berdoa semoga Allah SWT akan memberi kekuatan dan ketabahan kepada saya memikul beban perjuangan ini.
Akhir kata, kepada seluruh anggota TS mahupun anggota-angota ‘berdigit’ yang telah dan belum berdaftar dengan mana-mana organisasi persaudaraan dan perjuangan, saya mempelawa anda semua untuk bersama menyertai bahtera BATAS Malaysia ini belayar kita bersama menuju ke suatu arah perjuangan demi Agama, Bangsa dan Negara.
Kepada para Jemaah TS dan umat Islam di seluruh Negara dan Nusantara, kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ketibaan Bulan Ramadhan Al Mubarakh dan Selamat Berpuasa. Bersamalah kita berjuang habis-habisan menentang nafsu amarah kita di bulan mulia ini. BATASkanlah nafsu kita demi kesempurnaan ibadah puasa ini dan bersama kita menuju kejayaan di dunia dan akhirat.
Kepada seluruh warga Malaysia, saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Ke 54 yang akan tiba tidak beberapa lama lagi. Bersamalah kita mengulangi 7 Laungan Keramat Kemerdekaan yang pernah dilaungkan oleh Perdana Menteri kita yang pertama YTM Almarhum Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj. Justeru itu, sebagai Anak Merdeka, saya menyeru agar bersamalah kita menjadi BATAS mempertahankan kemerdekaan Negara yang kita cintai di bawah Naungan Lembayung Kuning di Raja Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung.
Bertemu lagi dalam perutusan seterusnya di halaman maya ini. Maka dengan kalam Bismillah Hirohma Nirrohim, saya merasmikan Laman Web Rasmi Badan Amal Tarbiah Sejagat ( BATAS Malaysia ) dengan rasminya.
Sekian, terima kasih,
Sambutlah salam perjuangan, salam persaudaraan, salam 1 Malaysia dari saya.
WALLAHI WABILLAHI WATALLAHI
BERSATU TAAT SETIA
Abdullah Ghani Bin Kassim
(Ayahanda Khalifah PLG Al-Rawa)
. . . . . . .
Presiden
Pertubuhan Badan Amal Tarbiah Sejagat
BATAS Malaysia.
Sumber: Batas Malaysia
(Badan Amal Tarbiah Sejagat)
Batas Malaysia - Cara nk join?
Assalamualaikum
Salam Bersa7u
o.o.o.o.o.o.o
Apa khabar semua? ada sihat?
harap2 semua sihat hendaknya... InsyaAllah...
seperti yg Mr.7 tau, ramai yg nk join Batas Malaysia ni..
betul tak? korang pn msti da belek2 website Batas Malaysia ni dn ada yg da siap download borang yg ada kn?
tp korang xtau pas isi tu nk hantar mana kn? hahaha aku pn xtau sbnr nya..
Oleh kerana aku tgk ramai viewer yg dok klik post aku brkaitan Batas Malaysia yg sebelum ni, aku akan cuba tnya kn dn usahakan supaya cm ne korang leh join Batas Malaysia ni...
Sempena Anugerah Khas YAB Perdana Menteri kepada Yang Mulia Ayahanda Khalifah PLG Al Rawa yang akan berlangsung pada 25 April 2012 bertempat di DATARAN MERDEKA ini, aku akan tanyakan cara dn bagai mana caranya utk korang join Batas Malaysia nih.. Aku tau ada antara korang yg da download dn ada yg da isi form tu tp korang xtau nk hantar dn bg pada siapa.. Kesian korang kn... Aku pn cm korang jugak... hehe =)
Don't worry k, InsyaAllah semuanya akan settle dn aku akn sharekn dgn korang...

Sunday, April 22, 2012
Pengambilan Baru - Salam Bersa7u
Salam BERSATU , kami mengalu-alukan ahli-ahli baru ke dalam family kami .
Salam BERSATU. Pengambilan ahli baru. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai Persatuan Rekreasi & Kebajikan Tenaga Murni Kawasan Utara (2461-11-KDH) ini, sila PM saya. Objektif utama Pertubuhan ini adalah untuk memberi peluang kepada ahli ahli merapatkan lagi ukhwah sesama ahli dari Majlis-majlis lain. Kami Pertubuhan berdaftar. Bukan pertubuhan haram. Lambang pertubuhan yang seakan ganas ni hanya untuk membakar semangat para anak2 muda. Selain itu kami juga selalu mengadakan sukan tahunan, makan malam tahunan untuk merapatkan silaturahim antara ahli. Selain itu juga kami turut membina industri kecil-kecilan seperti perniagaan satay, burger dan sebagainya. Terima kasih
Sekiranya anda berminat, boleh PM saya atau hubungi Mr.7 .

Anugerah Khas YAB Perdana Menteri kepada Yang Mulia Ayahanda Khalifah PLG Al Rawa
(RALAT NOTIS) Saksikanlah Anugerah Khas YAB Perdana Menteri kepada Yang Mulia Ayahanda Khalifah PLG Al Rawa di DATARAN MERDEKA pada 25 April 2012 jam 6.00petang. Yang Mulia Ayahanda Khalifah PLG Al Rawa mengarahkan semua anak anak juangnya, warga BATAS dan warga TS bangkit memberi sokongan serta mengikrarkan Sumpah Taat Setia kepada Agama, Bangsa dan Negara di hadapan YAB Perdana Mentri. Pakaian: Serba Hitam dengan tanda Riben Putih & Merah. S.K : Ayahanda Khalifah PLG Al Rawa. Mohon YM Ayahanda, Yang Setia para Kekanda agar buat sebaran ke akarumbi warga PLG.....
Perutusan Majlis PLG Bersatu - Perhimpunan Keluarga BATAS, PLG & Warga Silat seluruh Negara
Prutusan Majlis PLG Bersatu. Semua ahli-ahli majlis, anak-anak juang, warga TS di jemput hadir ke Majlis Perhimpunan Keluarga BATAS, PLG & Warga Silat selruh Negara bersama Yang Amat Berhormat Perdana Mentri di Stadium Badminton Cheras pada 25/04/2012 jam 6petang. Saksikan penganugerah Khas Yang Amat Berhormat Perdana Mentri kepada Yang Mulia Ayahanda Khalifah PLG Al-Rawa.Pada semua pakaian serba hitam, mohon sebarkan. Salam
Tuesday, February 7, 2012
Anak tak kenang budi
Assalamualaikum...
Salam Bersa7uo.o.o.o.o.o.o
hari ni aku nk share kn sebuah kisah yg aku dpt dr fb...
tajuknya xde tp sangat menyentuh.. jom sama2 kita baca, hayati dn ambil iktibar dari kisah ni..
harap semua dapat jadikn kisah ini sebagai pedoman....
tajuknya xde tp sangat menyentuh.. jom sama2 kita baca, hayati dn ambil iktibar dari kisah ni..
harap semua dapat jadikn kisah ini sebagai pedoman....
ANAK TAK KENANG BUDI....KURANG AJAR....ENGKAU MEMANG ANAK DERHAKA...!!!!
bila admin baca ni, admin menangis :(. xdapat bayangkan keadaan ayahnya....
KISAH INI MESTI DIBACA OLEH SEMUA ANAK YANG BERGELAR PELAJAR....
Kisah kali ini diceritakan oleh seorang hamba Allah di sebuah taman perumahan di sekitar Ipoh(namanya dirahsiakan)...Kisah ini amat menyentuh jiwa saya apabila ianya diceritakan kembali oleh salah seorang anak murid pengajian saya di taman perumahan tersebut.....
Ceritanya mengisahkan seorang ayah dari keluarga yang miskin..kerja sendiri hanya menoreh getah..datangnya jauh dari kampung..dengan menaiki teksi..membawa beg dan barang-barang milik anak gadisnya.. yang dapat melanjutkan pelajarannya di sebuah institusi pengajian di Ipoh..menyewa di rumah sewa bersebelahan dengan rumah tuan empunya cerita ini.
"Masih saya ingat lagi ustaz.... bagaimana senyuman bangga ayah si gadis ini... yang terlalu seronok kerana anak gadisnya berjaya melayakkan dirinya menjadi pelajar di Institut Pengajian Tinggi
"Saya dapat melihat dengan jelas..bagaimana ayah si gadis ini ..sibuk mengangkat barangan anaknya..dengan mulutnya riuh rendah..sambil melemparkan senyuman kepada dirinya...sebagai jiran kepada anaknya itu.Setelah bersalaman dengannya..ayah si gadis ini ramah menceritakan kejayaan anaknya..dan anaknya itulah yang diharapkan akan menempah kejayaan ..seterusnya dapat membela hidup mereka sekeluarga suatu hari nanti.
Sedang kami berbual.. terdengar anak gadis si ayah ini merungut...katanya "Ayah...kat sini tak ada tilam..la..takkan nak tidur atas toto aje ..nanti sakit lah badan along ni..!!" kata anak gadisnya merungut manja...sambil meneruskan bebelannya dengan suara yang kurang jelas.
Ayahnya hanya tersengih..sambil menjawab "nantilah ayah belikan..tengah ni duit ayah dah habis.... beli kelengkapan kamu...kita bukan orang senang..."
"Ok lah ok lah...tapi ayah beli cepat sikit tau...nanti macam mana along nak belajar..tidur tak selesa....nanti tak boleh tidur....haaa..ganggu prestasi along..!!"
Ye la...ye la.....nanti ayah beli lah...."
Sebulan telah berlalu...si ayah belum lagi nampak ..kelibatnya membawa tilam yang dijanjikan...mungkin..seda ng kumpul duit nak beli tilam agaknya...maklumlah kerja kampung bukan orang senang....rumah yang anaknya sewa pun bayarannya kongsi ramai-ramai...satu rumah duduk lapan orang.
"Apa yang tak seronoknya ustaz ialah....budak-budak perempuan di sebelah rumah saya tu...pada mula mereka duduk menyewa tiada apa masalah ataupun gangguan
tapi lama kelamaan..rumah sewa anak dara di sebelah saya ni dah mula dilawati oleh budak-budak lelaki...ada yang datang bermotosikal dan ada yang datang dengan menaiki kereta....
"Entahlah ustaz..bukan tak tegur..dah tegur dah....tapi jawab budak lelaki yang datang bertandang tu...pakcik ni sapa?...bapak diorang ke ..????" terkedu saya ustaz apa nak dikata lagi....."Kadang-kadang ustaz bebudak lelaki tu duduk rumah sewa budak perempuan sampai ke tengah malam....gerun saya ustaz....!!"
"Pernah sekali tu saya terfikir untuk melaporkan perkara ini kepada penguatkuasa jabatan agama...tetapi saya risau pulak nanti bebudak lelaki tu akan serang saya balik..atau apa-apakan keluarga saya..saya pun ada anak dara ustaz...risau saya ustaz...apalah upaya saya ustaz..."
"Berkenaan dengan anak gadis si ayah yang malang ni tadi..setiap hari keluar dengan pakwenya...maklumlah orang sedang bercinta..bercouple...mak bapak pulak jauh ..jadi line clear...ustaz..kadang-kada ng tengah malam baru nampak balik ke rumah sewanya..entah lah..sedih saya apabila mengenangkan bapanya yang cukup baik."
Suatu petang ustaz....sedang anak gadis si ayah ni keluar macam biasa dengan pakwenya....ayah si gadis ini sampai ke rumah sewa anak gadisnya....dengan menaiki motorsikal..di belakang motorsikalnya itu terikat tilam kekabu....sambil dia berhenti ..lalu terkial-kial si ayah ini cuba menongkatkan motornya...kerana tilam kekabu itu berat.....kemudian si ayah itu menjerit memanggil nama anaknya.. sambil mengelap peluhnya yang mengalir laju...terdengar suaranya yang mengah..memanggil-manggil anaknya..tetapi tiada sahutan...sunyi...kerana hari itu hari cuti...ada yang dah balik kampung hujung minggu dan ada yang biasa la..tengah menenggek di belakang motorsikal pakwe mereka...termasuklah anak gadis si ayah yang malang ini.
bila admin baca ni, admin menangis :(. xdapat bayangkan keadaan ayahnya....
KISAH INI MESTI DIBACA OLEH SEMUA ANAK YANG BERGELAR PELAJAR....
Kisah kali ini diceritakan oleh seorang hamba Allah di sebuah taman perumahan di sekitar Ipoh(namanya dirahsiakan)...Kisah ini amat menyentuh jiwa saya apabila ianya diceritakan kembali oleh salah seorang anak murid pengajian saya di taman perumahan tersebut.....
Ceritanya mengisahkan seorang ayah dari keluarga yang miskin..kerja sendiri hanya menoreh getah..datangnya jauh dari kampung..dengan menaiki teksi..membawa beg dan barang-barang milik anak gadisnya.. yang dapat melanjutkan pelajarannya di sebuah institusi pengajian di Ipoh..menyewa di rumah sewa bersebelahan dengan rumah tuan empunya cerita ini.
"Masih saya ingat lagi ustaz.... bagaimana senyuman bangga ayah si gadis ini... yang terlalu seronok kerana anak gadisnya berjaya melayakkan dirinya menjadi pelajar di Institut Pengajian Tinggi
"Saya dapat melihat dengan jelas..bagaimana ayah si gadis ini ..sibuk mengangkat barangan anaknya..dengan mulutnya riuh rendah..sambil melemparkan senyuman kepada dirinya...sebagai jiran kepada anaknya itu.Setelah bersalaman dengannya..ayah si gadis ini ramah menceritakan kejayaan anaknya..dan anaknya itulah yang diharapkan akan menempah kejayaan ..seterusnya dapat membela hidup mereka sekeluarga suatu hari nanti.
Sedang kami berbual.. terdengar anak gadis si ayah ini merungut...katanya "Ayah...kat sini tak ada tilam..la..takkan nak tidur atas toto aje ..nanti sakit lah badan along ni..!!" kata anak gadisnya merungut manja...sambil meneruskan bebelannya dengan suara yang kurang jelas.
Ayahnya hanya tersengih..sambil menjawab "nantilah ayah belikan..tengah ni duit ayah dah habis.... beli kelengkapan kamu...kita bukan orang senang..."
"Ok lah ok lah...tapi ayah beli cepat sikit tau...nanti macam mana along nak belajar..tidur tak selesa....nanti tak boleh tidur....haaa..ganggu prestasi along..!!"
Ye la...ye la.....nanti ayah beli lah...."
Sebulan telah berlalu...si ayah belum lagi nampak ..kelibatnya membawa tilam yang dijanjikan...mungkin..seda
"Apa yang tak seronoknya ustaz ialah....budak-budak perempuan di sebelah rumah saya tu...pada mula mereka duduk menyewa tiada apa masalah ataupun gangguan
tapi lama kelamaan..rumah sewa anak dara di sebelah saya ni dah mula dilawati oleh budak-budak lelaki...ada yang datang bermotosikal dan ada yang datang dengan menaiki kereta....
"Entahlah ustaz..bukan tak tegur..dah tegur dah....tapi jawab budak lelaki yang datang bertandang tu...pakcik ni sapa?...bapak diorang ke ..????" terkedu saya ustaz apa nak dikata lagi....."Kadang-kadang ustaz bebudak lelaki tu duduk rumah sewa budak perempuan sampai ke tengah malam....gerun saya ustaz....!!"
"Pernah sekali tu saya terfikir untuk melaporkan perkara ini kepada penguatkuasa jabatan agama...tetapi saya risau pulak nanti bebudak lelaki tu akan serang saya balik..atau apa-apakan keluarga saya..saya pun ada anak dara ustaz...risau saya ustaz...apalah upaya saya ustaz..."
"Berkenaan dengan anak gadis si ayah yang malang ni tadi..setiap hari keluar dengan pakwenya...maklumlah orang sedang bercinta..bercouple...mak bapak pulak jauh ..jadi line clear...ustaz..kadang-kada
Suatu petang ustaz....sedang anak gadis si ayah ni keluar macam biasa dengan pakwenya....ayah si gadis ini sampai ke rumah sewa anak gadisnya....dengan menaiki motorsikal..di belakang motorsikalnya itu terikat tilam kekabu....sambil dia berhenti ..lalu terkial-kial si ayah ini cuba menongkatkan motornya...kerana tilam kekabu itu berat.....kemudian si ayah itu menjerit memanggil nama anaknya.. sambil mengelap peluhnya yang mengalir laju...terdengar suaranya yang mengah..memanggil-manggil anaknya..tetapi tiada sahutan...sunyi...kerana hari itu hari cuti...ada yang dah balik kampung hujung minggu dan ada yang biasa la..tengah menenggek di belakang motorsikal pakwe mereka...termasuklah anak gadis si ayah yang malang ini.
"Saya pun keluar dari rumah....lalu memanggil si ayah ini tadi..abang..mari masuk berehat di rumah saya dahulu...bebudak ni tak ada mereka keluar agaknya..."kata saya kepada si ayah ."
"Ke mana mereka pergi....agaknya...keluar ramai-ramai ke.bila balik agaknya.?" tanya ayahnya...bertalu-talu...s aya hanya mendiamkan diri....lalu saya berkata kepada si ayah...tak mengapa bang...rehat dulu..abang letih tu datang dari jauh....bawak masuk motor abang tu ke dalam laman rumah saya...."
Si ayah bersetuju kerana tiada pilihan lain...nak balik alang-alang..dah sampai ..bukannya dekat..lagipun bukan senang nak datang balik.....si ayah nampak keletihan sambil menolak motorsikalnya dengan beban tilam yang berat.
Si ayah menunggu...sehinggalah waktu maghrib telah masuk....si anak masih tidak balik lagi....saya mengajak si ayah masuk ke dalam rumah mandi dan menunaikan solat maghrib ..kemudian saya menjamunya makan malam.Si ayah nampak keberatan tapi apa kan daya kerana menunggu anaknya ...lantaran hati kecilnya merasa risau kalau-kalau anaknya tidak selesa tidur di atas toto...takut kesihatan anaknya terganggu.
Sedang kami duduk menunggu anaknya....yang masih tidak balik walaupun waktu isyak sudah lama berlalu....tiba-tiba si ayah sudah mengesyaki sesuatu.....lalu bertanya kepada saya..."Anak saya ni keluar dengan siapa sebenarnya encik?"
Saya hanya terdiam...tak terkata apa-apa....lalu saya menjawab..."beginilah bang..abang tunggulah sampai dia balik ..lihatlah sendiri dan tanyalah sendiri dengannya."
Si ayah semakin risau......dan semacam sudah mengesyaki sesuatu yang tidak baik sedang dilakukan oleh anak gadisnya itu.
Tepat pukul 2.15 pagi...barulah anak gadisnya pulang..dengan membonceng motorsikal pakwenya..memeluk mesra...pakwenya....berhen ti di depan rumah sewa
Si anak gadis itu kemudiannya turun dari motorsikal pakwenya...sambil menanggalkan topi keledar diikuti oleh pakwenya,..itu....mereka tidak terus berpisah tetapi berbual mesra di hadapan rumah..tanpa menyedari...perlakuan mereka itu dilihat oleh kami berdua....
Mereka berpegangan tangan..sambil ketawa....bergurau....dan tiba-tiba..pakwe si gadis itu mencium bibirnya...!!!Subhanallah. ...saya tak boleh bayangkan keadaan ayahnya ketika itu yang bangun dan hendak bergerak menuju ke arah anaknya...tetapi saya tahan....kata saya kepada ayahnya..:"Jangan bang...sekarang dah pagi...jangan mengamuk tengah ni nanti..abang yang dapat malu...biarkan budak lelaki itu balik dulu"
Hampir setengah jam kami melihat babak mesra bercumbu dan berpeluk itu...barulah budak lelaki itu pulang...si gadis itu pun masuk ke rumahnya.....
Setelah beberapa minit barulah ayahnya menolak motorsikalnya...dan menghidupkan enjin lalu berhenti di depan pintu pagar rumah anaknya..seolah-olah dia baru sampai...lalu dia memanggil nama anaknya....
Anak gadis ini membuka pintu sambil merungut terkejut dengan kehadiran ayahnya pada lewat pagi sebegitu...sambil katanya..:"hah ayah apasal datang pagi-pagi macam ni.....tak boleh tunggu besok..?
"Ke mana mereka pergi....agaknya...keluar ramai-ramai ke.bila balik agaknya.?" tanya ayahnya...bertalu-talu...s
Si ayah bersetuju kerana tiada pilihan lain...nak balik alang-alang..dah sampai ..bukannya dekat..lagipun bukan senang nak datang balik.....si ayah nampak keletihan sambil menolak motorsikalnya dengan beban tilam yang berat.
Si ayah menunggu...sehinggalah waktu maghrib telah masuk....si anak masih tidak balik lagi....saya mengajak si ayah masuk ke dalam rumah mandi dan menunaikan solat maghrib ..kemudian saya menjamunya makan malam.Si ayah nampak keberatan tapi apa kan daya kerana menunggu anaknya ...lantaran hati kecilnya merasa risau kalau-kalau anaknya tidak selesa tidur di atas toto...takut kesihatan anaknya terganggu.
Sedang kami duduk menunggu anaknya....yang masih tidak balik walaupun waktu isyak sudah lama berlalu....tiba-tiba si ayah sudah mengesyaki sesuatu.....lalu bertanya kepada saya..."Anak saya ni keluar dengan siapa sebenarnya encik?"
Saya hanya terdiam...tak terkata apa-apa....lalu saya menjawab..."beginilah bang..abang tunggulah sampai dia balik ..lihatlah sendiri dan tanyalah sendiri dengannya."
Si ayah semakin risau......dan semacam sudah mengesyaki sesuatu yang tidak baik sedang dilakukan oleh anak gadisnya itu.
Tepat pukul 2.15 pagi...barulah anak gadisnya pulang..dengan membonceng motorsikal pakwenya..memeluk mesra...pakwenya....berhen
Si anak gadis itu kemudiannya turun dari motorsikal pakwenya...sambil menanggalkan topi keledar diikuti oleh pakwenya,..itu....mereka tidak terus berpisah tetapi berbual mesra di hadapan rumah..tanpa menyedari...perlakuan mereka itu dilihat oleh kami berdua....
Mereka berpegangan tangan..sambil ketawa....bergurau....dan tiba-tiba..pakwe si gadis itu mencium bibirnya...!!!Subhanallah.
Hampir setengah jam kami melihat babak mesra bercumbu dan berpeluk itu...barulah budak lelaki itu pulang...si gadis itu pun masuk ke rumahnya.....
Setelah beberapa minit barulah ayahnya menolak motorsikalnya...dan menghidupkan enjin lalu berhenti di depan pintu pagar rumah anaknya..seolah-olah dia baru sampai...lalu dia memanggil nama anaknya....
Anak gadis ini membuka pintu sambil merungut terkejut dengan kehadiran ayahnya pada lewat pagi sebegitu...sambil katanya..:"hah ayah apasal datang pagi-pagi macam ni.....tak boleh tunggu besok..?
Si ayah terus meluru lalu menampar...muka anak gadisnya...menjerit-jerit. ..marah.."Oooo.....buat apa datang pagi buta ye....kamu tahu tak... aku sampai sejak dari petang tadi..menunggu kamu...bawakkan tilam untuk kamu.....jenuh aku tunggu kamu....ni ha...pakcik ni yang tumpangkan aku..rehat..sembahyang ...makan.....aku datang dari jauh letih...sebab risaukan kamu...sayangkan kamu..tapi kamu...keluar sampai jauh malam....dengan pakwe kamu ye...dah la tu kamu bercium beromen depan aku..anak tak tahu diuntung....aku malu tau tak...maluuuuu....anak kurang ajar..anak derhaka....anak tak mengenang budi.....aku jaga kamu....aku tatang kamu macam minyak yang penuh....macam ini balasan kamu...macam ni balasan kamu..pada aku..haaaa!!! anak sial........berdebub...ged ebab....kali ini saya lihat dia terajang anaknya ustaz.....saya masuk ke dalam rumah dan memegang si ayah dan memintanya mengucap....beristighfar.. ..bersabar..........
Anak gadisnya...menangis meraung...merayu...memohon keampunan.....hu hu hu ayahhhh...ampunkan alongggg....huwaaaaa...aya h alongggg salah ...along berdosa dengan ayah.....hunhuuuuuu....... !!
Kau memang anak celaka.....memalukan keluarga...orang tua..kalau mak kamu tahu ni pasti mak kamu akan sedih sangat....tadi..mak kamu nak ikut..rindu nak tengok kamu...aku tak bagi tau tak.... sebab nak bawak tilam ni....kamu tau tak tilam ni berat....tilam kekabu...aku bawak dari kampung jauh....terhoyong hayang aku..bawak motor...tadi pun nyaris tak kena langgar dengan lori..tau tak...??
Kata si ayah sambil menangis.......suasana pilu.....saya juga menitiskan air mata....sedih melihat ayah yang separuh abad,,,menangis kecewa dengan perbuatan anak gadisnya.
"Sudah..kau kemaskan barang....pagi ni jugak balik ikut aku....balikkkkk...ikut aku...cepatttt,.........ka ta ayahnya....
Sejak itu ustaz saya tak nampak lagi anaknya itu balik ke rumah sewa disebelah rumah saya itu...Tilam yang dibawa oleh ayah si gadis itu masih ada di rumah saya ditinggalkan oleh ayahnya...kerana tidak mampu dibawa balik lantaran si ayah membawa anaknya balik pada malam itu juga.
Pada malam itu juga si anak gadis itu balik ke kampungnya,....dengan membonceng motor...tetapi bukan di belakang pakwenya...tetapi dibelakang bapaknya......kesiannn ustaz...kesiannnn......
Anak gadisnya...menangis meraung...merayu...memohon
Kau memang anak celaka.....memalukan keluarga...orang tua..kalau mak kamu tahu ni pasti mak kamu akan sedih sangat....tadi..mak kamu nak ikut..rindu nak tengok kamu...aku tak bagi tau tak.... sebab nak bawak tilam ni....kamu tau tak tilam ni berat....tilam kekabu...aku bawak dari kampung jauh....terhoyong hayang aku..bawak motor...tadi pun nyaris tak kena langgar dengan lori..tau tak...??
Kata si ayah sambil menangis.......suasana pilu.....saya juga menitiskan air mata....sedih melihat ayah yang separuh abad,,,menangis kecewa dengan perbuatan anak gadisnya.
"Sudah..kau kemaskan barang....pagi ni jugak balik ikut aku....balikkkkk...ikut aku...cepatttt,.........ka
Sejak itu ustaz saya tak nampak lagi anaknya itu balik ke rumah sewa disebelah rumah saya itu...Tilam yang dibawa oleh ayah si gadis itu masih ada di rumah saya ditinggalkan oleh ayahnya...kerana tidak mampu dibawa balik lantaran si ayah membawa anaknya balik pada malam itu juga.
Pada malam itu juga si anak gadis itu balik ke kampungnya,....dengan membonceng motor...tetapi bukan di belakang pakwenya...tetapi dibelakang bapaknya......kesiannn ustaz...kesiannnn......
Subscribe to:
Posts (Atom)